Thursday, April 9, 2015

Bagaimanakah Caranya Untuk Mengetahui HIV

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?
Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti virus HIV adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV.

Ujian Antibodi HIV
Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV dalam tubuh. Antibodi ialah sejenis protin yang dihasilkan oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang menyerang sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di peringkat awal jangkitan. Bila virus HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi HIV ini menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya.

Mengikut cadangan doktor, ujian HIV ini perlu dijalankan setelah 3 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan, walaupun bagi sebahagian orang kewujudan antibodi HIV dalam darah dapat dikesan seawal 2 minggu atau secara puratanya 25 hari selepas jangkitan. Bagi sebahagian orang pula antibodi HIV hanya dapat dikesan dalam darah setelah 3 bulan. Jika keputusan ujian setelah 3 bulan itu adalah negatif maka anda perlu membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin mengambil masa selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. Jadi 2 ujian setelah 3 bulan dan setelah 6 bulan mampu memberikan keputusan yang lebih meyakinkan.

Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif iaitu setelah 3 bulan bermakna antibodi HIV tidak dikesan di dalam contoh darah yang diuji. Namun ini belum mengesahkan bahawa orang berkenaan bebas daripada HIV. Ini adalah kerana terdapat satu tempoh (yang dipanggil “window period”) dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan didalam darah kerana badan belum menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV yang banyak dalam darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan penghasilan antibodi HIV dipanggil “Window Period”. Jadi sepatutnya mereka yang dikesan negatif dalam ujian pertama, perlu menjalani ujian darah sekali lagi setelah 3 bulan lagi (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan) supaya status anda dapat ditentukan dengan lebih yakin.

Perlu diingatkan bahawa dalam jangkamasa enam bulan elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi agar ujian-ujian anda tidak sia-sia.

Keputusan yang positif bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya bermakna orang itu akan jatuh sakit dalam masa yang singkat. Seseorang yang positif HIV perlu mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan hayatnya.

CINTA : Artikel ini adalah satu info kepada anda untuk mengehtahui sekiranya anda menghidapi HIV.

16 comments:

  1. Kebnyakannya mgatakan 3 blan tempoh maksima window period.mana yg betul ni 3 bulan atau 6 bulan?

    ReplyDelete
  2. apa window period tu sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. sesiapa yang ada info tolong bantu kawan-kawan kita pleaseeee

    ReplyDelete
  4. Apa yang sy tahu ujian genarsai pertama dan ke 2 memerlukan masa 6 bulan..skrg kebanyakan hospital dan makmal mengunakan generasi ke 3 dan ke 4..jd muktamad di katakan 3bulan...tarikh 6 bulan jika kte masih terdedah dengan pendedahan baru(dalam masa window period) apa yang sy tahu sensitif ujian hiv skrg semakin maju...malah byk pakar2 mengatakan ujian selepas 6minggu boleh di katakan muktamad..tp standard WHO masih menetap 3bulan untuk mengesahkan ujian..kerana memberi tempoh jarak pendedahan tersebut..kesimpulannya apa saja ujian..3bulan(84hari) adalah tempoh muktamad...

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya nak bertanya. Sy ada buat aktivi x berisiko dgn tukang urut. Dia melancap sy sampai terpancut. Dah 24 ari aktiviti itu. Tp skrg sy rs mual2 dan muntah. Sy buat ujian hiv kit pd ari k 14, 18, dan ari ke 23. Keputuan negetivf. Ada kh sy di jangkiti dgn aktiviti melancap.. minta pnjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. xakn kena jangkitan melain kn dia lancap koe melalui mulut bb air liur salah 1 sbb jankitan hiv/AIDS ni.....jdi b,hati2 la lau nk sruh org lain tlg lancapkn....

      Delete
  6. Terima kasih atas penjelasan rash virus. Pd hari 44 (minggu k 6) sy buat lg ujian cmia ab/ag di bp healt kputusan negative gak. Smpat bertanya doktor dia kata x dijangkiti. Minggu k 8 n k 10 sy buat ujian hiv test kit gak kputusan negative. Alhamdulilah.. ari k 90 nti sy nak buat lg utk melega kn hati. Krana sy ada bg window priod sampai 12 minggu. Tp klu guna kaedah cmia kbnyakn doktor pakar kata dah tepat pd minggu k 6. Apa2 sy harap kita jauhi la perbuatan y terkutut ni. Tq rash virus.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas penjelasan rash virus. Pd hari 44 (minggu k 6) sy buat lg ujian cmia ab/ag di bp healt kputusan negative gak. Smpat bertanya doktor dia kata x dijangkiti. Minggu k 8 n k 10 sy buat ujian hiv test kit gak kputusan negative. Alhamdulilah.. ari k 90 nti sy nak buat lg utk melega kn hati. Krana sy ada bg window priod sampai 12 minggu. Tp klu guna kaedah cmia kbnyakn doktor pakar kata dah tepat pd minggu k 6. Apa2 sy harap kita jauhi la perbuatan y terkutut ni. Tq rash virus.

    ReplyDelete
  8. window period bergntung pada jenis ujian y di gunakan, kalau jenis kaedah generasi k 3, paling lewat pun 48 hari, kecuali x ada penyakit kancer, hepatetis dan makan ubat PEP, kalau gunakan kaedah generasi ke 4 CMIA ab/ag ujian makmal muktamat pada minggu ke 6, kecuali tiada penyakit y saya sebutkan td, kaedah ujian di PT FOUNDATION ab/ag muktamat pada hari y ke 30. temapt y terbaik buat ujian adalah di PT FOUNDATION, kerana staff di sana layan semua pertanyaan kita. kita boleh ajukan apa2 soalan.. setahu sy purata orang dijangkiti hiv dapat di kesan pada hari y ke 25.. ini maklumat y saya tahu. klu salah tlg perbetulkan.. kongsi maklumat..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Maaf tumpang tanya. Saya perkenalkan diri sy Awang Mat. Pada 2012 yang lepas, saya pernah terlibat dalam aktiviti berisiko untuk jangkitan HIV. Saya tak pasti pasangan saya adalah penghidap HIV ataupun tidak.

    Untuk pengetahuan saudara, semua tanda-tanda jangkitan positive HIV saya xpernah alami seperti demam teruk, cirit-birit dan seumpamanya. Setakat ini belum lagi ada tanda-tanda seperti itu.

    Saya ada terbaca dalam internet yang jangkitan boleh terjadi selepas 3 atau 6 bulan setelah aktiviti berisiko yang kita lakukan. Apakah dengan itu, saya masih lagi berpotensi untuk terkena jangkitan HIV? Adakah saya bebas daripada jangkitan tersebut? Berapakah tempoh untuk terkena jangkitan selepas aktiviti berisiko? Selain itu, saya xpernah mengalami lesu tubuh badan dan sy juga seorg yang aktif bersukan.

    Harap saudara dapat memberi penjelasan. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. awang mat tolong jangan terus ke farmasi dan buat HIV test,itu jalan yang terbaik untuk awak..Jangan biarkan persoalan bermain di fikiran kita terlalu lama.Sekiranya ujian tersebut awak tersangkut jangan risau..disana nanti akan ada golongan profesional aku bimbing awak. :)

      Delete
  10. Buat aje ujian hiv... dekat farmasi rm50, bp lab rm50, pt foundation rm50. Kbnyakan farmasi jual hiv test kit hnya d kl, selango n p,pinang

    ReplyDelete
  11. kalau rapid test HIV kira generasi ke berapa ye? Harap ada yang dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shahrul lebih baik terus ke farmasi berdekatan :)

      Delete