Tuesday, June 23, 2015

Tahukah Anda Khasiat Buah Laici !!!

Buah laici kadang-kala jarang dijumpai, kita selalu jumpa dalam tin{cocktail) ataupun sajian bersama jus. Buah ini berasal dari Asia Selatan, dan popular sebagai perasa untuk gula-gula, ais krim, sirap, dan lain sebagainya. Rasanya
unik dan mirip seperti rambutan. Tak semua tahu khasiat buah laici baik untuk
kesihatan, ini kami kongsikan. Anda akan semakin mengagumi dan mencintai buah laici kerana ia punya banyak manfaat penjagaan kesihatan.
Mengandungi Oligonol
Oligonol adalah sejenis polyphenol yang terkandung dalam buah laici. Ia berperanan sebagai antioksidan serta anti influenza. Dipercaya, memakan buah laici dapat melindungi kulit dari paparan sinar UV, mengurangkan lemak serta meningkatkan stamina.
Mencegah anemia
Buah laici kaya akan kandungan zat besi yang dapat membantu menyeimbangkan jumlah hemoglobin di dalam darah dan mencegah anemia.
Mencegah kanser
Kandungan antioksidan dalam buah laici boleh membantu mencegah kerosakan tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas. Hal ini sekaligus mencegah pertumbuhan sel kanser, terutama kanser payudara dan kanser prostat.
Melindungi jantung
Laici juga mampu membantu mengurangkan kandungan LDL atau kolesterol jahat dalam tubuh. Dengan cara meningkatkan kandungan HDL atau kolesterol baik, serta melancarkan peredaran darah ke jantung.
Meningkatkan immune tubuh
Kandungan vitamin C-nya membantu meningkatkan immune tubuh dan mencegah selsema, demam serta jangkitan lain.
Melancar pencernaan
Kandungan serat dan vitamin B-nya dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan melancarkan pencernaan. Anda juga boleh memanfaatkannya sebagai buah diet untuk tahan nafsu makan.
Menurunkan tekanan darah tinggi
Kajian membuktikan bahawa makanan yang kaya akan antioksidan dapat menyeimbangkan kembali tekanan darah. Kandungan potasium dalam laici sendiri dapat mengimbangkan tekanan darah tinggi. 
*Dan tahukah anda bahawa nama laici apabila diterjemahkan dalam bahasa China bererti kehidupan yang bahagia? Semoga dengan mengambil buah laici, anda juga memperoleh kesihatan serta kehidupan yang bahagia.
CINTA : Buah laici ni memang sedap tapi sangatlah mahal.Kalau pergi kedai makan mesti minum jus laici sebab boleh rasa kenyang.Tapi sebenarnya banyak khasiat lain yang kita tak tahu mengenai buah laici.So saya kongsikan artikel mengenai khasiat buah laici ni untuk semua rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment