Saturday, June 13, 2015

Member Sekolah Tiba-Tiba Terjah Ke Perlis

Tergejut tiba-tiba member call cakap ada di perlis.Ingatkan seorang sekali sampai 8 orang mereka konvoi datang perlis.Kagum pun ada sebab mereka semua main redah ja datang.Macam biasa la tak ada apa yang menarik di Perlis ni sebab member semua datang pun dah malam.Sempat bawa makan di ampangan lepas tu lepak di kedai makan bukit lagi.Bila dah dapat jumpa dan duduk se-table memang huru hara lah jadinya.

tambah-tambah lagi yang baju hitam tu Shaifudin kalau ada dia memang riuh rendah letih nak gelak hahaha.Actually diaorang ni semua datang sebab nak ke escape park penang just singgah sekejap kat perlis semalam.Puas dihasut akhir sekali saya pun terjebak juga ke penang.Kami bertolak pukul 4 pagi lepas kedai tutup.

Kami sampai penang pun ngam-ngam dah nak masuk waktu solat subuh.So kami singgah di masjid Batu Feringgi untuk mandi dan sembahyang.Yang saya ni sehelai sepinggang je ikut budak-budak ni ishhhh.


Lepas habis solat subuh apa lagi.semua terus tido kat masjid ni, ha dah rupa pelarian rohingya dah pun.

Tapi jangan salah sangka ini semua bakal Akitek berjaya satu hari nanti.Slumberkan budak-budak akitek ni.Tak sama pun macam dalam drama kat tv.Budak-budak architect memang kepala tak betul sikit peaceeee :)


Bila dah bangun perut pun lapar.kat depan masjid ada makcik jual nasi lemak so beli kat situ jelah.



Kami semua gerak ke escape park time matahari tebit.Saya tak tahu menda pun sebab tak pernah sampai kat escape park ni.Dah budak-budak ni cakap best just follow je lah
CINTA : Apa yang ada di escape park? kena tunggu next post dari saya.Serious menarik kat situ.

No comments:

Post a Comment