Thursday, June 18, 2015

Membeli-Belah Ikan Segar Di Kuala Perlis

 Kompleks Perikanan Kuala Perlis
 ayah saya sedang menunjukkan kehebatan mencari ikan di sini :)
Kalau anda pergi ke Kuala Perlis memang ada satu kompleks perikanan dimana semua bot-bot nelayan akan mendaratkan ikan segar mereka di pelantar bot ini setiap awal pagi.Actually keluarga saya memang akan datang sini untuk membeli pelbagai jenis ikan untuk keluarga.

Yang menariknya beli ikan disini adalah ikan disini memang murah, selebihnya sudah tentu lah ikan ni semua masih fresh sebab baru ditangkap. 
 Bot ikan nelayan yang baru sampai dan hendak berlabuh di jety
 orang ramai memilih ikan diatas tray.kena cepat sebab kalau lambat habis
Kalau datang ke Perlis boleh lah try datang ke Kuala Perlis untuk dapatkan ikan segar disini.Ikan segar ni memang sedap berbanding ikan yang tak segar sebab isi ikan segar selalunya lebih lembut dan manis.
 Mesin ais gergasi untuk pastikan semua ikan disini sentiasa segar
So macam ni ni lah keadaan pasar di Kuala Perlis, ramai orang, ramai ikan dan sesak.Tip kalau nak datang ke sini kena make sure datang awal pagi.Kalau lambat ikan akan habis.Sebab semua orang yang datang beli ikan kat sini membeli secara borong.
CINTA : Sebenarnya saya ni driver je setiap kali balik perlis inilah aktiviti saya bawa mak ayah membeli ikan dan sebagainya.Sekarang ni Alhamdulillah dah pandai pilih ikan dan dah tahu nama banyak jenis ikan berbanding dulu yang langsung tak tahu apa-apa pasal ikan :)

2 comments:

  1. Replies
    1. Arshad Boleh try datang sini perlis,makan ikan bakar kuala perlis memang sedap....Tadi kereta saya tak bleh start,Panggil pomen sekali dia kata fuel pump rosak.nasib baik boleh pakai kereta wira punya masukkan kat dalam kereta kelisa.Alhamdulillah dah boleh start.Last komen ni sebelum berangkat ke KL.Moral rasa malas gila nak drive lepas buka puasa heheh

      Delete