Monday, June 15, 2015

Main Flying Kite Di Escape Park Pulau Pinang

Permainan yang kedua adalah Flying Kite.Gambar kat atas tu adalah base untuk permainan ni.Actually group saya yg terakhir sekali.Sebelum tu kena tunggu hampir sejam untuk main permainan ni.Kat base ni akan ada seorang instructor yang akan pakaikan kita belt dan alatan keselamatan lain.

Apa yang lecehnya permainan flying kite ni adalah kita kena kayuh dulu untuk tarik member kita keatas awan.Pecah peluh lah jugak nak kayuh hehehe.Dengan rasa baik hatinya waktu ni saya kayuh untuk 4 orang sampai berpeluh-peluh dan kaki krem. 

Konsep permainan ni macam buaian je.Tapi memang serious nak lucut jantung bila dah meluncur.Pucat muka saya.Member sebelah saya tu Afif serious hati kering budak paling berani dengan ketinggian hahahha...Agresif budaknya :p
Bila dah habis akan rasa teruja sebab berjaya habiskan.So permainan ni rasanya yang paling takut sebab kita ditarik hingga 10 meter tinggi.sbelum dilepas dan meluncur di atas angin.
 Yang dalam gambar di atas tu khuzaimir dan tariq dah berjaya habiskan misi
 Yang gambar di atas ni saya dan budak hati kering Afif.


Overall main Flying Kite memang best.So kalau korang datang sini memang wajib try.Rugi kentang kalau tak try.
CINTA : Dengar kata dari instructor tu lepas ni permainan flying kite akan di upgrade lepas raya ni.So tak payah nak kayuh bagai semua.Pihak pengurusan nak beli mesin katanya.SO lepas raya siapa yang datang ke Escape Park Pulau Pinang ni memang wajib cuba permainan lasak ni.

No comments:

Post a Comment