Tuesday, June 23, 2015

Dah Start Enjin Kereta Berbunyi Tapi Tak Boleh Hidup

Ini cerita minggu lepas.Bangun petang nak keluar ke pasar ramadhan.Sekali start kereta tak nak hidup pulak.Dah lah malam nak balik ke Kl gelabah jugak dibuatnya.Banyak kali start enjin berbunyi tapi tak boleh hidup, nak kata batery baru je tukar.Nasib baik depan taman ada satu mekanik nama dia Kumar.Lepas dia check sah dia kata fuel pump kereta rosak.So saya keluar lah cari fuel pum kereta kelisa, pusing satu perlis semua cakap tak der.Orang kedai spare part kata Kelisa boleh pakai fuel pump kereta Wira.
Selapas call kumar dan kumar pun cakap boleh.terus ja saya beli.Actually fuel pump ni ada dua brand satu buatan Cina dan satu lagi buatan Jepun.Kalau buata China cuma RM 60.00 ja kalau beli Buatan Jepun mahal sikit RM 160.00 so nasihat saya kalau kereta tu memang kita nak pakai selamanya better beli yang Jepun sebab tahan.Kalau nak jual better beli yang buatan China punya murah sikit.So lepas beli fuel pump terus tarik kereta pergi ke kedai Kumar.


Sempat lah tengok si Kumar buat kerja.Actually kumar ni senang kira sikit kalau kereta rosak dimana pun dia datang tapi cuma di Perlis je lah.
Selepas sejam lebih kurang kereta pun siap.Test bawa semua dah ok Alhamdulillah.Upah Kumar pasang RM 60.00 saya pun tak pasti mahal ke tak.Tapi Kumar memang mekanik yang duduk paling dekat di taman saya kalau kereta rosak memang akan panggil dia
CINTA : So kalau sesiapa kereta rosak tepi jalan area perlis boleh call Kumar untuk tolong tengok-tengokkan 017-4978468

No comments:

Post a Comment