Tuesday, May 12, 2015

Tahukah Anda Khasiat Buah Ciku !!!


Siapa yang tak kenal dengan buah ciku ni. Bila masak buah berwarna coklat dan berbentuk bujur ini cukup manis. Seratnya cukup terasa di lidah. Bijinya yang pipih panjang terselit di antara isi buahnya. Asal buah ciku dikatakan dari Amerika Tengah yang akhirnya tersebar di India, Sri Lanka, Indonesia, dan Malaysia. Sepokok buah ciku yang matang boleh berbuah hingga 2,000 buah per tahun.


Disebalik bentuknya yang kecil tu, buah ciku mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Berikut adalah pelbagai khasiat buah ciku untuk kesihatan tubuh badan:


1. Memakan 100 gram buah ciku akan memberikan tenaga hingga 83 kalori dan serat 5,6 gram. Seratnya baik untuk ubat sembelit dan membantu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser.



2. Ciku kaya dengan antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria, dan antiparasit. Oleh kerana itu, buah ciku sesuai untuk ubat diare, buasir, hingga menghentikan pendarahan. Tanin pada ciku juga membantu mengatasi erosif gastritis, refluks esofagitis, enteritis, dan gangguan usus.



3. Ciku juga mengandungi vitamin C sebanyak 24,5 peratus per 100 gram. Selain itu ia juga mengandung vitamin A. Kedua-duanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas.



4. Buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga, asid folat, niasin, dan asam pentotenan. Sebatian tersebut membantu proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh.
CINTA : Mesti ramai yang sudah jarang makan buah ciku.Sudah jarang kita dapat lihat buah ciku dijual di kedai buah.Kalau nak makan pun kena balik ke kampung.Sebenarnya banyak khasiat buah ciku yang ramai orang tak tahu.Satu perkongsian dari cinta Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment