Thursday, April 30, 2015

Trip Ke Hatyai, Pantai Songkhla dan Pasar terapung

Assalamualaikum.

trip ke hatyai kali ni memang langsung tak dirancang,agak kelam-kabut sikit sebab banyak gambar tempat menarik saya lupa nak ambik.Sekarang bila nak menulis dalam blog terasa rugi la pulak.

Dari Padang Besar Perlis terus menaiki teksi menyeberangi sempadan Thailang dan Perlis.Bayaran untuk teksi cuma RM 20 dia akan hantar kita ke stesen teksi di thailand.Orang thailand panggil teksi adalah keretatu.



Suasana pasar malam di pekan sadao 



saya sampai di pekan Sado pun sudah agak petang.Mlangnya terpaksa bermalam di Sadao kerana van ke Hatyai sudah habis.Agak bernasib baik kerana sewa hotel di sini cuma Rm 35.00.Tiket van untuk ke Hatyai pula cuma RM 5.00.Perjalan ke hatyai hanya memakan masa 35 minit lebih kurang sahaja.Kalau nak cari makanan halal pun senang di sini kerana ada banyak gerai orang muslim.Kesokan harinya saya berangkat ke Hatyai dengan menaik van.Bayaran yang dikena untuk menaiki van ke Hatyia cuma Rm 5.00 sahaja.masa yang diambil dari pekan sadao ke Hatyai lebih kurang 45 minit sahaja.


Pemandangan laut Soghkla dari pantai

setelah tiba dihotel sayan terus menacari bilik untuk disewa.Saya menyewa di Indra hotel bayaran yang dikenakan cuma Rm 50.00.Selepas meletak beg didalam bilik saya terus menyewa tut-tut untuk bersiar-siar.Rm 80.00 sewa tut-tut dia akan bawa anda ke Songhkla beach, floating market dan pasar malam.



Pemandangan laut Soghkla dari pantai

Apabila sampai di pantai songhkla tanpa fikir panjang terus saja saya mandi laut.Lama sungguh tak mandi laut akhirnya terlepas jugak rindu nak mandi laut.hitam saya dibuatnya kena air laut.
Batu sempadan di pantai Songkhla

Untuk mereka yang suka bergambar actually banyak tempat yang menarik untuk anda berposing.disini ada tugu batu sempadan, ada tugu ikan duyong dan ada kuda padi untuk anda naik dan bergambar.
Satu je yang tak best sebab kat pantai ni susah nak cari orang muslim berniaga makan, so kena tahan perut sikit lah.Setelah sejam berada di pantai Songhla kami menuju ke destinasi kedua iaitu pasar terapung.Jaraknya agak jauh penat la jugak berada dalam tut-tut tu.
floating market atau pasar terapung

Serious saya cakap disini memang syurga makanan memang semua yang berniga disini adalah muslim.Pelbagai makanan yang tak ada di malaysia.sedap dan harganya pun berpatutan.

pemandangan dari jarak dekat floating market
budak sedang ambik restu dari sami budha

Di floating market juga ada pasar yang menjual pelbagai jenis barang seperti baju, cendera hati, buah-buahan dan lain lagi.Rugi kalau tak datang bershoping disini terutamanya kaum hawa.

ukiran kuil yang cantik
ukiran di pintu gerbang floating market
ukiran bumbung pintu gerbang di floating market

Kepada sesiapa yang menyukai senibina thailand.di floating market ni ada sebuah kuil, senibinaan sangat mengangumkan saya.banyak ukiran yang cantik di kuil tersebut.Boleh posing untuk ambil gambar.Saya berada disini lebih kurang sejam saja.Lepas tu terus pulang ke hotel kerana sudah kepenatan.satu tempat saya missed iaitu pasar malam.

gajah di tengah-tengah pekan hatyai

Sebelah malam pula saya bersiar-siar di sekitar pekan Hatyai.Ada gajah seekor kat pekan hatyai kalau anda dtg sini.Boleh beli makanan untuk gajah dan kita suapkan sendiri kepada gahaj tersebut.Makanan gajah cuma RM 2.00.
Pasar malam di pekan hatyai

gerai makanan di pekan hatyia

orang ramai di pekan hatyai


Dekat pekan Hatyai memang banyak makanan muslim pada sebelah malam.Anda tak perlu risau pasal makanan kerana banyak gerai kat sini adalah peniaga muslim.Makanan dekat sini pun semua sedap-sedap dan pelbagi jenis perlu pilih je apa yang nak dimakan.
buah mangga dan makanan yang banyak di pekan Hatyai

Pada saya kalau sesiapa yang datang sini tak cuba pulut mangga adalah sungguh rugi.Kerana pulut mangga kat sini memang sedap sungguh.


tiket keretapi Bangkok Express

Untuk balik semula ke perlis anda ada 3 pilihan iaitu menaiki van atau keretapi.Untuk kereta api ada dua jenis train iaitu KTM dan Bangkok express.Kalau anda nak balik dengan keretapi KTM masanya adalah pukul 4 petang.Kalau anda nak balik sebelah pagi boleh menaiki Bangkok express masanya pukul 8.30 pagi.Disebabkan hendak pulang awal saya menaiki Banghkok Express terus ke stesen keteapi Arau.Bayaran tiket cuma RM30.++ saya tak ingat.
suasana di setesen keretapi Hatyai
Tempat duduk dalam keretapi yang selesa
stesen keretapi Padang Besar

Perjalan dari hatyai ke stesen keretapi Arau cuma mengambil masa 1 jam setengah lebih kurang la.Setelah sampai ke padang besar anda kena turun untuk cop passport anda dahulu.

Hanya ini sahaja yang saya dapat kongsikan bersama rakan-rakan lain semoga dapat membantu anda dalam memberi maklumat

CINTA : Sesiapa yang hendak ke Hatyai boleh cuba cara pengangkutan darat kerana ia agak murah berbanding kita naik flight cuma letih sikit sahaja sebab perlu berjalan kaki.

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Insurans Kereta Ke Thailand

    Saya menyediakan perkhidmatan dokumen untuk mereka yang ingin melancong ke Thailand dengan membawa kereta dan motorsikal sendiri.

    1) Membeli Insurans Thailand kenderaan anda untuk bila-bila tarikh yang di kehendaki.
    2) 2 Set Borang TM2 Maklumat Pembawa (Information Conveyance) dan TM3 Senarai Penumpang (Passenger List).
    3) Membeli Borang TM6 Visa Berlepas & Ketibaan (Arrival & Departure).
    4) Pos semua di atas ke alamat rumah atau pejabat anda.

    Layari Link di bawah
    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    ReplyDelete
  3. transport ke hadyai cuba hubungi abang ni
    http://hatyaicartravel.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Hye boleh sy tnya bangkok express tu singgah padang besar station? ambil masa berapa minit ya.. Jika saya beli untuk ke padang besar boleh ke?

    ReplyDelete
  5. Bang Shaban Van siam +66814795433
    www.hatyaivantour.com
    Van sevis dengan sopir (driver) di seluruh thailand Malaysia dan Singapura Dengan layanan profesional berpengalaman lebih dari 20 tahun...

    ReplyDelete
  6. Bang Shaban Van siam +66814795433
    www.hatyaivantour.com
    Van sevis dengan sopir (driver) di seluruh thailand Malaysia dan Singapura Dengan layanan profesional berpengalaman lebih dari 20 tahun...

    ReplyDelete
  7. Dannok Hatyai Krabi Phuket Bankkok
    Contact Bang Shaban +66814795433
    www.hatyaivantour.com

    ReplyDelete
  8. Dannok Hatyai Krabi Phuket Bankkok
    Contact Bang Shaban +66814795433
    www.hatyaivantour.com

    ReplyDelete