Tuesday, April 7, 2015

Memasang Tinted Kereta

Assalammualaikum

Setelah dua tahun membeli kereta baru hari ini berjaya memasang tinted.Sebelum ini kereta seperti aquarium kerana orang boleh melihat ke dalam.Keburukan kereta tanpa tinted ni yang utama sekali adalah panas dan kedua pula orang dapat melihat daripada luar masuk kedalam kereta kita,ini sangat berbahaya sekiranya kita menyimpan sesuatu barang yang berharga kerana ia senang dilihat oleh pencuri.Sudah banyak kejadian cermin kereta dipecahkan pencuri.




Tinted kereta ini sebenarnya boleh dipilih ketebalannya mengikut apa yang kita mahu.Tapi saya hanya memilih tinted yang di benarkan JPJ sahaja iaitu 58%.Sebenarnya saya malas nak menjawab kalau tidak mengikut peraturan JPJ apabila ditahan.oleh yang demikian saya hanya ikut apa yang dibenarkan sahaja.58% berharga RM 110.00 sahaja untuk kereta Kelisa.

Memasang tinted ini agak lama jugak prosesnya anggaran kurang lebih 30 minit menunggu.Cara memasang tinted ini agak rumit dan sangat memerlukan kepakaran.
kalau tidak buruk rupanya kalau tidak ada kepakaran.

Masa proses memasang tinted saya ternampak side skirt tinted.nampak macam cantik jadi tanpa berlengah terus saya sambar dan pasang pada kereta saya.Hasilnya agak comel kereta saya hehe.

Semoga penulisan saya ini dapat membantu rakan-rakan yang lain menambah maklumat mengenai tinted.Satu Perkongsian dari saya.

No comments:

Post a Comment