Friday, April 17, 2015

Tip Memikat Lelaki



1. Diri kau sendiri

Ingat ini! Jangan rasa malu dengan diri kau. Sebenarnya kau sendiri adalah kelemahan utama lelaki. Lelaki yang normal memang memerlukan kau dalam hidup dia. Mereka akan menjadi lemah secara automatik bila berhadapan dengan kau. Jadi… yakin dengan diri kau dan mulakan strategi untuk menawan hati mereka dengan menggunakan apa saja yang berkaitan dengan diri kau.

2. Mudah didekati

Lelaki mudah tertarik dengan perempuan yang mudah mereka dekati. Ingat, lelaki cepat rasa give-up jika perempuan yang mereka cuba pikat tidak memberi respons ataupun sombong. Buatkan diri kau mudah didekati tapi berhati-hatilah. Kalau kau terlalu senang sangat untuk didekati dan di'usung' ke mana-mana, lelaki akan anggap kau perempuan murahan. Siapa pun boleh 'angkut' kau… Nasihat aku, jadilah seperti merpati, senang didekati, nak ditangkap terbang lari.

3. Manja

Kau seorang yang manja? Memang kau ada ciri untuk buatkan lelaki terpikat dengan kau. Tapi jangan terlebih manja pula. Nanti mereka akan ingat kau ni perempuan gedik. Ingat! Lelaki tak suka perempuan yang tergedik-gedik untuk jadi teman wanita mereka. Perempuan gedik hanya sekadar layak untuk dijadikan bahan tontonan. Maaf kalau apa yang aku katakan ini agak kasar, tapi ini adalah realitinya.

4. Kawan

Ini adalah cara yang paling mudah untuk kau memikat lelaki yang kau sukai. Jadi kawan mereka dahulu. Sentiasa berada di sisi mereka di saat mereka memerlukan. Di sini sebenarnya adalah part yang paling menarik untuk kau atur strategi. Bila mereka mula selesa dengan kau dan mula mencari kau dalam apa jua perkara; selalu telefon dan hantar SMS pada kau, ajak pergi shopping, ajak temankan mereka makan dan sebagainya, cuba kau menjarakkan diri kau sedikit. Contoh kalau setiap hari kau berdua berbual dalam telefon, cuba kau jangan jawab panggilan dia dalam sehari dua. Kau lihat sendiri kesannya…

5. Penyayang

Memang sifat ni yang lelaki cari pada wanita yang akan menjadi teman wanita mereka. Kau seorang yang pemarah dan bengis, memang kau akan di reject. Kau sukakan budak, kau sayangkan ibu bapa, kau adalah teman yang ideal.

CINTA : Ini adalah perkara umum yang kau boleh gunakan dalam diri kau untuk pikat lelaki. Yang penting kau yakin dengan diri kau. Paras rupa bukan perkara utama dalam bercinta tetapi bagaimana kau dapat meninggalkan kesan dalam hati dia.


No comments:

Post a Comment