Thursday, April 16, 2015

Suami Idaman Wanita

Oleh itu amat penting memilih bakal suami agar kita sama2 boleh mewujudkan keluarga yang sakinah, mawadaah wa rahmah, bukan semata2 keluarga yang banyak menghasilkan umat semata2, tapi umat yang berkualiti dan dekat dengan Allah SWT.

Seorang suami idaman haruslah…

1. Taat dalam beragama

Bila dia taat dalam agamanya, takut pada Tuhannya dan jiwanya diselubungi rasa taqwa, insya-Allah dia bakal membimbing isteri dan anak2nya ke jalan Allah. Seorang suami yang bertaqwa akan berlaku adil, memimpin keluarga dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya, kerana dia takutkan Allah, bukan sebab kena queen control.Kerana dia tahu, satu hari nanti dia akan disoal tentang tanggungannya, jadi dia akan melaksanakan tugas sebagai suami dengan sebaik-baiknya.
Dia menegur isterinya dengan hikmah sekiranya isteri berbuat salah, bukan sebab nak tunjuk hero atau nak cari salah isteri, tapi kerana tanggungjawab terhadap agama, yakni memelihara keluarga dari api neraka.

2. Mampu memimpin

Dalam Surah An-Nisa’ ayat 34 Allah berfirman “..lelaki adalah pemimpin bagi wanita..”, maknanya suami adalah pemimpin rumahtangga. Sebagai pemimpin, sang suami hendaklah terlebih dahulu melengkapkan dirinya dengan ilmu dan kekuatan untuk membawa pimpinannya ke arah mana yang ditargetnya.

Sebagai suami ideal, haruslah nak pimpin keluarga ke arah syurga kan.

3. Memberi nafkah

Terutama bagi isteri yang tidak bekerja, suami hendaklah menyediakan segala prasarana untuk keluarganya. Walau bagaimanapun, bila suami tak mampu, isteri yang bertolak ansur akan mendapat kebajikan. Contohnya, isteri yang keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami, maka itulah kebaikan terbesar seorang isteri.

4. Bergaul dengan lembut

Memang sangat tak patut kalau sorang suami tu, dengan kawan2nya lagnsung tak berkira tapi dengan keluarga itu tak kena ni tak kena… Sedangkan Islam menyarakankan agar bergaul dengan keluarga dengan ma’ruf yakni dengan baik sekali. Tak kira la samada family man ke, workaholic ke, pergaulan dengan keluarga kena jaga sebab ini saranan agama kita.

5. Pelindung keluarga

Wajiblah bagi sorang suami melindungi keluarganya, dari segala ancaman tak kira dari segi fizikal mahupun mental dan rohani. Tapi sadisnya ada juga suami yang .. tak tahu nak cakap.. sanggup jual isteri, jual anak sebab nak bayar hutang judi. Sanggup perkosa anak sendiri dan sebagainya. Naudzubillah. Sedih sungguh bila dengar benda macam ni. Seolah2 institusi keluarga ni dikeji dan dihina. Hikmah perkahwinan untuk mendekatkan diri pada Allah dah jadi macam perniagaan haram. Entah hapa2 entah.

6. Memberi ilmu

Tanggungjawab suami untuk mengajarkan isterinya ilmu yang dia tak tau, dan panggil orang lain yang ajar kalau dia sendiri pun tak tahu. Paling tak pun, beri advise yang berguna… bukannya perli2 atau marah2 isteri. Isteri tu pakaian suami, kita pakai baju mestilah nak cantik2, kemas. Bukan cantik rupa je, biarlah berilmu jugak.

7. Menghormati isteri

Walaupun isteri tu boleh sujud pada suami, tapi bukanlah isteri ni tak ada maruah. Rasulullah SAW amat menghormati wanita, terutama isteri2nya. Baginda kalau masuk dapur tak ada makanan, takdelah nak marah2 campak pinggan, sebaliknya Baginda puasa sunat. Kalau balik rumah malam2 isteri dan tidur, Baginda tunggu sampai pintu dibuka, tak adalah ketuk2 sampai pecah pintu ataupun pergi langgan apa2 yang patut. Tapi zaman sekarang mungkin kurang bagus sikit tunggu2 kat luar rumah ni. Kalau tak dia jadi mangsa perompak, dia pulak yang kene tuduh nak merompak. Hehe.
Jadi, suami kena hormat isterinya. Tunaikan segala hak2 isteri.

8. Sayangi diri sendiri

Suami yang sayang diri sendiri, bukan pentingkan diri sendiri! Sayang diri dengan menjaga diri baik2, agar isteri dan anak2 senang dan tak menyusahkan mereka. Jaga kesihatan, jaga makan, jaga penampilan, jaga reputasi dan sebagainya. Kalau tak ada duit, buatlah kerja2 extra yang halal, jangan pulak pinjam along ke, meragut ke.. kalau jadi apa2 anak isteri jugak yang susah. Kalau isteri anda cantik bergaya dan bijak macam Erra Fazira tak apa, mungkin ada mana2 anak Dato’ nak sambar hehe. Kalau tak, mungkin boleh jadi orang gaji dato’, tu pun kalau dia tak rasa “bole percaya ke ni? laki dia peragut, mungkinkah dia & anak2 juga ada bakat yang sama?” Uh uh uh~


9. Pendengar yang baik

Kadang2 suami ni dia bosan bila isteri banyak sangat membebel. Ada yang terus lari keluar rumah bila isteri dah mula bukak radio free. Sebenarnyam itulah cara orang perempuan melepaskan perasaan. Pinjamkan telinga sekejap agar isteri dapat luahkan apa yang terbuku di hatinya. Bukannya luak pun taik telinga dengan isteri membebel.

10. Menghargai isteri

Ada suami yang ingatbila ada isteri ni, semua benda kerja rumah, uruskan keluarga ialah kerja isteri. Jadi dia tak nampak kat mana nak berikan penghargaan. Hmm.. cuba la kalau si suami yang buat kerja2 semua tu. Sah2 esok terus pergi agensi cari orang gaji.

Isteri bukan mengharapkan intan berlian (kecuali yang memang suka benda2 macam tu), cukuplah setakat ucap terima kasih, dah cukup buat isteri rasa happy.

11. Mencari win-win situation

Bila timbul pertelingkahan, cubalah cari win-win situation. Biasanya perempuan ni emo, semua tindakan semasa marah berdasarkan emosi marah dia. jadi suami pun tak bolehlah emo sama. Ajak isteri untuk berbincang elok2 dan mencapai win2 situation.

Alah, tak jatuh harga diri lah. Isteri kita, bukannya isteri bos kita.

12. Berterus-terang

Ada lelaki yang tak pandai sound direct, sebaliknya main perli2 dan sindir2. Tak patutlah macam tu, sebagai sorang suami, kenalah pandai berterus terang dengan isteri terutama hal2 yang melibatkan keperibadian isteri.

13. Jaga nama baik isteri

Baik di depan ahli keluarga atau rakan-rakan, nama baik isteri perlu dijaga. Bukan saja kerana isteri adalah individu yang patut dihormati, tapi juga kerana isteri juga menyandang nama suami bersama. Kalau suami sendiri yang mengata isterinya, contohnya “pemalas” di depan orang, nanti2 orang akan kata “Inilah isteri Samdol yang malas tu”. Kan suami juga yang dapat malu.
14. Terima kekurangan isteri dan tidak mengungkit

Memang agak tidak berapa best bila seorang suami suka mengungkit2 terutama part2 isteri yang kurang. Tak ada orang yang paksa dia kahwin dengan isteri dia, kalau ada kurang di mana2, sama2lah menampal kekurangan tu, bukan jadikan kekurangan tu sebagai modal untuk bertikam lidah.

Kerana itulah saya telah memilih seseorang yang saya rasakan begitu ideal dan menepati ciri2 suami idaman wanita.


CINTA : Kepada wanita diluar sana berhati-hati semasa memilih calon suami ok.

No comments:

Post a Comment