Thursday, April 9, 2015

10 Cara Memikat Lelaki yang di Jamin Berkesan



Memikat Lelaki walaupun bagi sestengah perempuan merupakan suatu perkara yang sukar. Tapi sebenarnya mudah jika perempuan itu tahu teknik memikat.


Memikat Lelaki memerlukan konsistensi. Bukan hanya sehari malahan kesan memikat mestilah mampu bertahan hingga bertahun-tahun lamanya.

Rahsia memikat yang di Jamin berkesan kesimpulannya ada di sini

1. Misteri, jadikan diri kamu umpama limau yang di kupas. Setiap satu kupasan menghadiahkan misteri indah kepada lelaki. Limau yang di kupas memercikkan wangian buah, bila terkena mata lelaki memedihkan, mempu memberikan kejutan, tetapi bila dimakan manis pula rasanya. Perempuan yang tiada misteri umpama pasangan suami isteri yang sudah terlalu lama bersama. Lelaki akan kurang terujanya apabila mendapati tiada lagi kupasan yang dapat di lakukan, tiada lagi kejutan dlm perjalanan percintaan.

2. Wanita Berdikari yang tidak terlalu bergantung kepada lelaki. Perempuan yang tidak terlalu bergantung kepada lelaki, menyebabkan lelaki akan lebih berusaha untuk memiliki mereka. Berdikari tidak bermakna anda harus bekerja, tetapi berdikari bermaksud anda harus meluangkan masa untuk diri anda dan keluarga serta teman-teman perempuan anda.

3. Wanita yang Diplomatik. Wanita yang diplomatik merupakan wanita yang mempunyai toleransi, lemah lembut tetapi mampu menolak sesuatu yang tidak disukainya dengan cara yang bersopan. Lelaki menyukai sikap ini, wlupun mereka terlalu kerap menguji sikap diplomatik perempuan.

4. Tidak terlalu menurut. Percayalah, perempuan yang terlalu mengikut telunjuk lelaki tidak ubah seperti boneka, lama kelamaan akan membosankan lelaki. Perempuan yang hebat akan tidak menuruti keinginan lelaki 100%. Jika lelaki mau dia berkata Ya, maka perempuan mesti menjawab, "saya akan mencuba". Jika terus menjawab 'ya'. Lama kelamaaan lelaki akan jadi bosan. Jangan terlalu menurut, tunjukkan bahawa, kamu masih ada kawalan terhadap diri, ini akan membuatnya sentiasa memikirkan kamu.

5. Sentiasa nampak bersih, dan jangan tunjukkan kelemahan diri dari segi penampilan. Perempuan yang tahu cara lelaki berfikir akan sentiasa mempastikan dirinya kelihatan menarik secara fizikal. Perempuan yang ingin memikat mestilah nampak lebih muda dari umur sebenar.

6. Tampilkan sifat yang comel, yang membuatkan lelaki kdgkala teringat kamu. Sifat yang comel, merupakan perwatakan manja, yang harus menjadi trademark kamu. Lelaki akan semakin sukar melupakan kamu jika kamu memiliki sifat-sifat ini.

7. Memiliki fizikal yang menarik. Perempuan yang ingin memikat tidak seharusnya memiliki kesempurnaan kecantikan wajah. Tetapi mesti memiliki kecantikan bentuk tubuh. Tubuh yang langsing membuatkan lelaki semakin memberikan perhatian extra kepada kamu. Lelaki akan mudah merasa bangga atau cemburu apabila kamu menjadi perhatian lelaki lain.

8.Miliki keterampilan menarik, gaya yang menawan. Jangan terlalu selekeh. Perempuan yang mampu memikat mesti menggunakan mindset, 'apabila dia keluar bersama teman lelakinya', dia harus mendapatkan perhatian dari lelaki lain. Atau membuktikan kepada kekasihnya secara diam, bahawa lelaki lain menaruh minat terhadapnya. Saham kamu akan melonjak apabila lelaki menyedari kamu disukai oleh lelaki lain.

9. Perempuan yang bermoral. Perempuan yang bermoral, bukan beerti perempuan melayu terakhir. Tetapi mampu menujukkan kepada lelaki bahawa, dia bukan mudah dipujuk rayu. Lelaki suka memujuk rayu, perempuan lemah apabila dipujuk rayu. Tetapi lelaki akan berusaha lebih keras memiliki wanita yang sukar dipujuk rayu.

10. Perempuan yang memiliki kepintaran dalam membawa topik perbincangan di minati lelaki juga akan mampu membuatkan lelaki suka kepada kamu. Lelaki tidak akan mudah merasa bosan malahan akan semakin gemar bersama kamu.

CINTA : Sebenarnya berkesan atau tidak bergantung kepada kesungguhan kita juga di iringi dengan doa kerana jodoh itu ditanganNya.Semoga berjaya ye wanita semua.

No comments:

Post a Comment