Tuesday, April 21, 2015

Resepi Biskut Chocolate Treasure Hunt

Bahan-bahan

Untuk base:

250gm butter
25 g susu powder
65 gm gula kastor
250 gm tepung gandum/rose flour/tepung biskut
65 gm tepung jagung
50 gm koko


Untuk topping:

2 cwn c/flakes
500 gm white chocolate
50 gm almond nibs.....
50 gm golden raisins/blackcurrants/kismis

cooking chocolate untuk drizzle

Cara-cara
Pukul butter dan gula sehingga sebati, masukkan segala jenis bahan kering tadi
dan gaul hingga sebati dan dibulat-bulatkan dan ditekan dalam papercup.


Bakar:

Untuk topping, cairkan white chocolate (buat skit2 lerrrr) dgn menggunakan kaedahdouble boiler... 


dah cair masukkan cornflakes, almond nibs, dan golden raisins tadi.

gaulkan hingga coklat tadi betul-betul menyalut semua bahan tadi... 

make sure jgn terlalu banyak cornflakes nanti tak lekat plak.

Biskut yang dah sejuk tadi disusun dalam talam dan masukkan topping ke atas biskut tu.

cairkan cooking cokelat dan masukkan dalam piping bag dan pipe secara drizzle
ke atas topping tadi... 


Biarkan topping nya kering dan simpan.


Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.

Cinta : Di harap Resepi Biskut Chocolate Treasure Hunt yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu anda pada musim perayaan ini.Semoga Hari Raya yang bakal menjelma dapat dimeriahkan lagi dengan juadah-juadah kuih Raya yang lazat.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan pengalaman.Sekian Terima Kasih. 

No comments:

Post a Comment