Thursday, April 16, 2015

Pulih Hormon Untuk Kurus Badan

PENGHIDAP obesiti sering tampak serupa kerana mereka mengalami masalah pengecilan tulang pada rahang dan soket mata. Oleh itu mata tampak kecil dan muka berisi.

Apabila kurus, bentuk tulang muka kembali normal dan mereka akan kelihatan jauh lebih jelita.

Namun tidak semua pengidap obesiti mampu mendapatkan bentuk badan idaman biar pun telah menjalani program berdiet dan bersenam.

Ada yang hilang berat badan pada minggu pertama tetapi selepas itu jarum penimbang berat badan tidak berganjak lagi.

Sebab itu dalam rejim diet sering menyaksikan keputusan yang berbeza biar pun gaya pemakanan dan senaman yang diamalkan adalah sama. Faktor yang menyebabkan perbezaan itu amat berkait rapat enzim dan kadar hormon pembakar lemak dalam tubuh sama ada tinggi atau sebaliknya.

Jentera pembakar lemak yang rosak menyebabkan seseorang gagal menurunkan berat badan. Manakala individu yang dapat memulihkan jentera penting iaitu kelenjar hormon tiroid mudah mendapatkan bentuk badan yang diingini.

Hormon yang penting bagi membakar lemak adalah hormon tiroid. Kelenjar tiroid berada di leher.
Ia merupakan sebuah kelenjar kecil berbentuk rama-rama. Tanpa kelenjar ini manusia tidak dapat menjalani kehidupan dengan sihat.

Hormon tiroid begitu penting bagi fungsi tubuh badan kita. Sesetengah makanan boleh merosakkan hormon tiroid antaranya pewarna makanan, ubat-ubatan, pengawet makanan dan makanan yang diproses. Sinar X juga merosakkan hormon kita.

Kerosakan hormon tiroid boleh dibaiki. Namun kadar pembaik pulihnya berbeza daripada seseorang dengan seseorang yang lain.

Bagi mereka yang bernasib baik, apabila membuat perubahan dalam jadual pemakanan, mengamalkan senaman dan menjalani terapi berlaku baik pulih pada hormon tiroid mereka.

Mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Tubuh mereka akan mula membakar lemak dan berjaya menjadi kurus serta cantik.

Mereka juga akan berjaya mengekalkan berat badan yang ideal kerana hormon tiroid yang tinggi menghalang lemak daripada berkumpul.

Kekurangan hormon tiroid menyebabkan cecair berupa lendir berkumpul di bawah kulit menjadikan kulit kelihatan merening dan tidak cerah.

Tubuh juga berbau kerana kesan inflamasi atau radang pada kulit. Kulit mereka biasanya tampak kusam dan seri wajah hilang. Untuk membaiki keadaan itu rawatan spesifik amat diperlukan.

Saiz kelenjar hormon berbeza-beza dalam tubuh kita. Jika kita tengok saiz hidung, mulut, tangan dan bibir manusia semuanya berbeza.

Begitu jugalah dengan kelenjar di dalam badan. Saiz dan bentuknya berbeza dan itulah yang menjadi penentu terhadap kadar keaktifannya. Dalam pertandingan The Biggest Looser kita menyaksikan peserta disajikan makanan yang sama dan senaman yang sama namun kadar penurunan tetap tidak sama.

Pemeriksaan tahap hormon dalam badan adalah penting bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan. Pemeriksaan darah amat penting bagi melihat jumlah hormon. Hormon tiroid perlu berada pada tahap yang tertinggi (7 -8) bagi membolehkan lemak dibakar dengan berkesan.

Cinta : Sebenarnya banyak teknik atau tip untuk kuruskan badan bukan dengan hanya mengawal pemakanan.Disini saya kongsikan tip bagaimana cara untuk kuruskan badan dengan memulihkan hormon.Saya haran info ini dapat membantu anda.Satu perkogsian dari saya.

No comments:

Post a Comment