Thursday, April 9, 2015

Tahukah Anda Khasiat Kacang Soya !


Kacang soya  memang banyak khasiatnya.. Selain diproses untuk membuat minuman, soya juga boleh dibuat tauhu, kicap dan jugak tempe... Pokok kacang soya yang berasal daripada spesis Glycine max dalam keluarga Leguminosae ini biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. kandungan kolestrol yang rendah dalam makanan yang diproses daripada kacang soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. 




Tauhu 




kicap 


tempe 

kesemua gamabarajah diatas adalahberasal dari sumber yang sama iaitu soya..


KHASIAT MINYAK YANG DIPROSES DARIPADA  SOYA

-Membantu peredaran darah
-Menghapuskan kesan-kesan keracunan makanan
-Meredakan demam

KACANG SOYA KAYA PROTEIN

-Protein : unsur pemakanan yang penting untuk membina dan memperbaiki tisu badan, rambut, kuku hingga membentuk otot pada badan
-Salah satu sumber protein : Makanan yang berasaskan soya (boleh memberikan tenaga yang mencukupi kerana ia dapat membekalkan tenaga yang diperlukan)




Protein dari bahan makanan berasaskan kacang soya dapat membantu pertumbuhan badan apabila ia dapat menghasilkan unit-unit kecil yang dinamakan asid amino. Apabila protein masuk ke dalam badan, protein akan dihancurkan menjadi asid amino. Hasil itu akan diserap melalui saluran darah dan menghantar ke tempat yang memerlukannya. protein penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan agar kita sentiasa segar dan cantik. Hal ini kerana protein ialah pemangkin kepada bahan kimia dalam badan. Ia juga membantu menghalang jangkitan pada badan, dan menjadi bahan yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan. Dalam badan protein membekalkan 4 kalori tenaga per gram.


SPA SOYA?



RAWATAN MANDI SUSU  


Untuk menghilangkan bau badan. Mengandungi campuran susu soya bersama susu kambing, madu dan aromaterapi. Masukkan dalam tab mandi berisi air suam. Berendam dalam 15-20 minit. Seeloknya seminggu sekali.




RAWATAN MANDI PUPUR / LULUR


Menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembab. Bahan-bahannya ialah.Kacang Soya,Dadih, serbuk badam  (halus atau kasar) dan madu.. Semua bahan disatukan dan dikisar halus. Digosok ke badan hingga kering.Ia dikatakan cara paling berkesan untuk dapat kulit yang cantik, putih dan gebu.






MEMBUANG DAKI


Selain hampas kelapa, kacang soya juga dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Ia perlu dicampur dengan air mawar atau air biasa untuk melembut, memutih dan menggebukan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Manakala taufu daripada kacang soya juga boleh memberi kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah. 

MANFAAT LAIN SOYA MENCEGAH PENYAKIT SEPERTI :

1. Gastrik
2. Demam
3. Lelah
4. Lenguh-lenguh sendi
5. Kurang darah (Anemia)
6. Kurang zat semasa hamil
7. Cirit-birit
8. Jerawat
9. Masalah berat badan
10.Darah tinggi dan darah rendah
11. Alergi
12. Tidak dapat tidur (Insomnia)
13. Breast Cancer
14. Lemah ingatan (Poor Memory and Dementia)
15. Sistem imunisasi lemah (Declined Immune System)
16. Osteoporosis
17. Piles
18. Sembelit
19. Sakit jantung
20. Selepas Pembedahan
21. Selsema / Colds
22. Kolestrol tinggi
23. Kekurangan asid amino
24. Gastrik Ulser
35. Penyakit Sawan
26. Strok
27. Lebih lemak di hempedu
28. Masalah pernafasan


CINTA : Dengan perkongsian info mengenai kacang soya ini.saya harap saudara-saudari dapatlah mencuba sendiri dirumah.Selain dari dijadikan makanan sebenarnya kacang soya ada kelebihan untuk perkara-perkara lain bg menjamin kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment