Saturday, April 11, 2015

BerpegangLah kepada Tali Agama ( Coretan Hati Tarik Tali )


Assalamualaikum.

Pertama sekali ingin saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi menjenguk tulisan yang ditulis ini.Tidak ada apa-apa cuma cerita kosong diri sendiri kerana sudah lama tak menulis.Kali terakhir adalah mengenai menyambung pelajaran saya.Sekarang dah pun menjangkau usia setahun belajar tapi tak akan sama dengan sebelum ini yang telah bekerja hampir sepuluh tahun :)

Post yang lepas ada tertulis sebab dan kisah menyambung pengajian PATAH HATI.Hampir dua tahun menghilangkan diri berseorangan bukan memilih tapi cuma mencari kebenaran didalam hati.Itulah seni yang perlu dikuasai manusia adalah hati.Mungkin baru sekarang pintu hati diketuk oleh orang yang tidak dikenali..barangkali Ia.Tapi percaya jodoh itu ada hanya perlu berusaha..Tapi maafkan saya.saya tidak pandai mencari kekasih :(

Setelah setahun dalam pengajian saya dah mula memegang pensel kembali dan berkarya semula.Agak lama meninggalkan dunia lukisan selepas bekerja.cuma yang ada sekarang hanya dengan project school sahaja tempat untuk saya luahkan isi hati yang lepas.2 tahun hidup tanpa hala tuju itu sangat memeritkan tapi itulah pengalaman yang berharga untuk menilai diri sendiri.Tapi ada pensyarah yang tidak suka hasil kerja saya hurmmm katanya terlalu keras :p tapi saya dah buat dengan sepenuh hati maafkan saya encik :) Sedikit gembira kerana panel dari LAM suka akan hasil kerja saya, Gemuruh sebab terpaksa membuat perbentangan dihadapan Panel yang bergelar A.r  ~permintaan dari panel  :) Alhamdullilah semua berjalan lancar.

Akhir sekali marilah kita berpegang kepada tali agama.kerana dengan tali agama sahaja yang akan dapat membuat sesuatu itu berkekalan.Tidak kisah pun ianya seperti pemainan tarik tali asalkan kita tahu tali yang mana kita pegang erat itu.. InsyaAllah pasti ada hikmahNya :)

Saya hanya ingin berkawan dengan ANDA !!!!!!!! InsyaAllah


1 comment:

  1. I'm really impressed with your writing skills and also with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you just modify it yourself ? Either way keep up the nice quality writing, it's rare to see a great blog like this one today.


    Feel free to surf my site
    :

    Ashafeeq Network dot kom dot mai

    ReplyDelete