Thursday, April 9, 2015

Resepi Kuih Suji














Bahan2:
guna nisbah 1 minyak sapi: 1 gula kastor: 2 tepung gandum

cth:
1/2 kg minyak sapi
1/2 kg gula kastor
1 kg tepung gandum

Cara2 nak buat:
1. Mula-mula masukkan gula kastor dan tepung gandum ke dalam satu bekas. Jangan lupa ayak  semasa hendak masukkan. 
2. Lepas itu, masukkan minyak sapi pula.
3. Gaul semua sampai jadi doh. Pastikan kuku pendek dan tangan bersih. 
4. Gelek-gelek dan terap mengiikut suka hati anda. Bentuk love ke, ikan ke, beruang ke dan apa-apa yang bersesuaian. Kalau nak gentel-gentel jadi bulat pun boleh. Ikut kreatif masing-masing.
5. Susun atas talam dan dah boleh bakar. Suhu lebih kurang 150 darjah celcius selama 15 minit ataupun agak-agak dah bau seperti akan hangit itu cepat-cepatlah keluarkan.
6. Sejukkan dan boleh makan beramai-ramai.

Tips:
+ gula kastor dan tepung mesti diayak sebelum guna untuk mendapatkan tekstur yang halus dan tidak berketul-ketul.
+ kalau doh itu berderai sangat, tambah minyak sapi sikit. 
+ kalau doh itu melekit sangat, tambah tepung gandum sikit.
+ kalau nak lagi manis, tambahlah gula.
+ suhu oven itu adalah berbeza-beza ikut jenama. testlah bakar sekeping dua dulu untuk mendapatr hasilnya. dah ok baru bakar banyak-banyak. 
+ jangan guna tray yang dapat sekali dgn oven. guna talam aluminium atau tudung periuk pun boleh. tray oven selalunya buat kuih cepat hangus. 



Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.

Cinta : Di harap Resepi Kuih Suji yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu anda pada musim perayaan ini.Semoga Hari Raya yang bakal menjelma dapat dimeriahkan lagi dengan juadah-juadah kuih Raya yang lazat.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan pengalaman.Sekian Terima Kasih. 

1 comment:

  1. Hey! I could have sworn I've been to this site before but after checking through some of the post I realized it's new to me.

    Anyhow, I'm definitely happy I found it and I'll be book-marking and checking back frequently!


    Also visit my site: adjustable dumbbell weights

    ReplyDelete