Wednesday, April 15, 2015

Resepi Chocolate Almond Bars

Bahan-bahannya 

(A) 
250 gram mentega 
190 gram gula aising 
secubit rasa garam 

(B) 
1 biji telur 

(C) 
380 gram tepung gandum 
90 gram badam kisar 

Cara-caranya 


1. Putar (A) sehingga lembut dan tambah (B). Putar sehingga tidak berbintil-bintil. 

2. Campurkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati. 

3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga keras. 

4. Canaikan doh di antara kepingan kertas minyak sehingga menjadi 3mm tebal. 

5. Potong menjadi 5sm x 2.5 sm dan bubuh atas kertas pembakar. 

6. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan. 

7. Biarkan ia sejuk. Tangkup 2 keping dengan coklat yang telah dicairkan. 

8. Selaputkan dengan coklat cair dan letakkan ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit jejalur coklat putih di permukaan. 

9. Simpan dalam peti sejuk selama 2 minit. Biar ia keras.



Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.

Cinta : Di harap Resepi Chocolate Almond Bars yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu anda pada musim perayaan ini.Semoga Hari Raya yang bakal menjelma dapat dimeriahkan lagi dengan juadah-juadah kuih Raya yang lazat.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan pengalaman.Sekian Terima Kasih.  

No comments:

Post a Comment