Friday, April 10, 2015

Resepi Biskut Truffle Kasih

Bahan A

320 gram mentega
1/8 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
120 gram gula aising

Bahan B (ayak)

350 gram tepung gandum
30 gram serbuk koko
50 gram tepung jagung
30 gram tepung kentang
3 sudu besar susu tepung
1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan C

300 gram kacang almond

Bahan hiasan

Mangkuk kertas
Coklat urai (chocolate rice)
Love sweeties
Coklat putih (white chocolate)

Penyediaan

Putar bahan-bahan A hingga sebati
Ayak bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A.
Gaul sebati. Rehatkan doh selama 20 minit.
Bakar kacang almond sehingga masak.
Bulat-bulatkan doh dan isikan kacang almond ditengah-tengahnya. 
Bentukkan memanjang.
Bakar hingga masak dan sejukkan.
Panaskan coklat putih dan celupkan biskut. Letakkan di dalam mankuk kertas dan hiaskan dengan coklat urai dan love sweeties.

Nota: Setiap coklat yang hendak dipanaskan hendaklah menggunakan teknik double boiler.




Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.



Cinta : Di harap resepi Biskut Truffle Kasih yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu anda pada musim perayaan ini.Semoga Hari Raya yang bakal menjelma dapat dimeriahkan lagi dengan juadah-juadah kuih Hari Raya yang lazat.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan pengalaman.Sekian Terima Kasih. 

No comments:

Post a Comment