Saturday, April 11, 2015

Resepi Biskut Tembikai

Bahan-bahan 

150 g gula kastor 
250 g mentega 
1 biji kuning telur Gred C 
1 sudu besar susu pekat 
290-320 g tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder 
secubit garam 
sedikit pewarna merah dan hijau 
2-3 sudu besar bijan hitam 
Paper cups 
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur) 

Cara membuatnya 

Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam sedikit demi sedikit. Uli perlahan menjadi doh. 

Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. 

Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). 

Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak. 



Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.

Cinta : Di harap Resepi Biskut Tembikai yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu anda pada musim perayaan ini.Semoga Hari Raya yang bakal menjelma dapat dimeriahkan lagi dengan juadah-juadah kuih Raya yang lazat.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan pengalaman.Sekian Terima Kasih. 

No comments:

Post a Comment