Friday, April 10, 2015

Resepi Biskut Smarties Ceria

Bahan-bahan :-


200 gram tepung gandum


150 gram tepung jagung 80 gram tepung optoma( boleh didapati di pasaraya)


200 gram mentega


200 gram gula aising


200 gram badam cincang


50 gram serbuk badam hancur


1 biji telur


Coklat Smarties M&M (mengikut bilangan biskut)

Cara-cara :-


1.Gaulkan gula aising bersama mentega sehingga sebati.


2.Kemudian barulah dimasukkan telur.

3.Setelah itu, masukkan pula tepung gandum,tepung jagung,tepung optima serta serbuk badam hancur. Gaul hingga sebati.

4.Bentukkan adunan engikut cita rasa dan letakkan coklat Smarties M&M di atasnya.

5.Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.

    Pecah Kaca,
    Tolong LIKE,
    Pecah Gelas,
    Harap SHARE.

    Cinta : Di harap Resepi Biskut Smarties Ceria yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu anda pada musim perayaan ini.Semoga Hari Raya yang bakal menjelma dapat dimeriahkan lagi dengan juadah-juadah kuih Raya yang lazat.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan pengalaman.Sekian Terima Kasih. 

    No comments:

    Post a Comment