Friday, April 10, 2015

Resepi Biskut Koko Rangup



Boleh gandakan adunan jika ingin dapat lebih banyak 
Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm ) 

50g mentega tanpa garam 


70g tepung 


15g serbuk koko 


1/8 sk serbuk kulit kayu manis 


1/4 sk baking powder 


40g gula perang 


2 cubit garam 




Cara-cara 

1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven paper 


2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul. 


3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. ( lagi rangup jika dibuat nipis. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya. 


4. Bakar selama 25-30 minit. 


5. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan. 



Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.

Cinta : Di harap Resepi Biskut Koko Rangup yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu anda pada musim perayaan ini.Semoga Hari Raya yang bakal menjelma dapat dimeriahkan lagi dengan juadah-juadah kuih Raya yang lazat.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan pengalaman.Sekian Terima Kasih. 

No comments:

Post a Comment