Saturday, April 11, 2015

Resepi Biskut Amor Aiskrim

Bahan-Bahan:

250gm butter
100gm gula
30gm shortening
240gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kentang
40gm tepung kastard
1/2 sudu teh serbuk penaik
sedikit esen mangga/vanila

Bahan Hiasan:

Coklat masakan
Manik bintang
Telur kuning

Cara Membuatnya:

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan shortening dan esen mangga/vanila dan kacau serata.
  3. Campurkan semua tepung dengan serbuk penaik.
  4. Masukkan campuran semua tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.
  5. Jika adunan masih lembik, masukkan sedikit tepung jagung. Jangan guna tepung gandum kerana ia akan membuatkan biskut tidak rangup.
  6. Uli tepung sehingga menjadi doh dan boleh dicanai.
  7. Setelah dicanai, guna kayu roll yang berjalur untuk membuat jalur-jalur di atas doh yang telah dicanai.
  8. Tekap doh yang berjalur dengan acuan berbentuk aiskrim. Kemudian sapu kuning telur sebelum dibakar dengan suhu 160°c selama 20 minit atau sehingga masak.
  9. Setelah biskut masak, hiaskan biskut dengan coklat masak yang telah dimasak secara double boiller.
  10. Akhir sekali susunkan manik bintang di atas coklat tadi dan biarkan coklat kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.

Cinta : Di harap Resepi Biskut Amor Aiskrim yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu anda pada musim perayaan ini.Semoga Hari Raya yang bakal menjelma dapat dimeriahkan lagi dengan juadah-juadah kuih Raya yang lazat.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan pengalaman.Sekian Terima Kasih. 

No comments:

Post a Comment