Friday, April 17, 2015

Ganjaran Ramadhan Ke ~ Sebelas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Sempena menyambut hari Ramadhan yang kesebelas ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai ganjaran di bawah sekiranya kita berjaya menunaikan ibadah bagi Ramadhan kali ini.Mungkin ramai yang tidak tahu akan betapa besarnya ganjaran yang Allah S.W.T telah janjikan kepada kita sekira ikhlas menunaikannya.
 

Bagi sesiapa yang tahu berpuasa dan bertarawih sahaja tapi tidak tahu ganjarannya ! jadi mari kita kongsi bersama.


HARI KE ~ SEBELAS :



"Dia (manusia) keluar dari dunia seperti saat ia dilahirkan dari perut ibunya.."


1.Seolah berpatah balik kemasa lalu semenjak kita dilahirkan.betapa besarnya ganjaran Ramadhan bagi hari ini


2.Dia (Manusia) seperti dilahirkan dari perut ibunya.Sekiranya ganjarannya seperti yang dijelaskan diatas adalah sudah pasti kita seperti kain putih yang belum dikotori, cuma terpulang kepada kita untuk memeliharanya.InsyaAllah


3.Kesimpulannya disini melalui pengajaran bagi ganjaran Ramadhan ke sebelas adalah betapa besarnya dan agungnya Ibu dimata Allah Taa'la.Oleh yang demikian sayangilah ibu anda seperti anda menyanyangi diri anda sendiri ada hikmah disebalik kejadian ini.


4.Oleh yang demikian marikanlah kita bersama-sama mengerjakan ibadah Ramadhan pada hari ini.Semoga ibadah puasa dan sebagainya kita lakukan akan diberkati Allah S.W.T InsyaAllah.

Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.

Cinta : Semoga penulisan diatas dapat dikongsi bersama.Hanya satu perkongsian dari saya pada bulan Ramadhan Al ~ Mubarak ini.InsyaAllah

No comments:

Post a Comment