Thursday, April 9, 2015

Resepi Kuih Kapit / Sepit

Bahan-bahan 

  • 500g Tepung gandum
  • 500g Gula pasir (kurangkan gula sekiranya tidak suka manis)
  • 3 cwn santan ( guna santan pekat sekiranya menginginkan kuih itu lemak)
  • 3 biji telur
  • ½ sudu teh garam - masukkan dlm santan dan kacau



  • Minyak utk goreng

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Masukkan santan berselang dengan gula dan tepung. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
  3. Panaskan minyak dengan acuan terendam.
  4. Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan.
  1. Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras.
  2. Simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dihidangkan utk semua occasion sepanjang tahun.
  3.  Acuan kuih kapit bersaiz 4½"


Cinta : Di harap resepi kuih Sepit atau Kapit yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu anda pada musim perayaan ini.Semoga Hari Raya yang bakal menjelma dapat dimeriahkan lagi dengan juadah-juadah kuih Hari Raya yang lazat.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan pengalaman.Sekian Terima Kasih. 

4 comments: