Tuesday, April 21, 2015

Ganjaran Ramadhan Ke ~ Tujuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Sempena menyambut hari Ramadhan yang ketujuh ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai ganjaran di bawah sekiranya kita berjaya menunaikan ibadah bagi Ramadhan kali ini.Mungkin ramai yang tidak tahu akan betapa besarnya ganjaran yang Allah S.W.T telah janjikan kepada kita sekira ikhlas menunaikannya.
 


Bagi sesiapa yang tahu berpuasa dan bertarawih sahaja tapi tidak tahu ganjarannya, jadi mari kita kongsi bersama.


HARI KE ~ TUJUH RAMADHAN :

"Seolah - olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong nabi itu menentang musuhnya Fira' aun dan Hamman.."


1.Kalau nak bertemu Nabi Musa A.S sudah pasti tidak boleh tapi ganjaran kita dapat sekiranya berjaya menunaikan ibadah ramadhan yang ketujuh ini sudah seolah-olah bertemu dengannya.Jadi bayangkan sendiri.


2.Bukan setakat bertemu sahaja diceritakan pula seolah-olah kita membantu Nabi Musa A.S kita menentang Fira'aun dan Hamman.

3.Kalau kita masih boleh jumpa dengan Fira'aun dan Hamman pada masa sekarang sudah pasti kita boleh berjihad.Tapi apakan daya zaman tersebut sudah pun berlalu pergi.


4.Oleh yang demikian marikanlah kita bersama-sama mengerjakan ibadah Ramadhan pada hari ketujuh ini.Semoga ibadah puasa dan sebagainya kita lakukan akan diberkati Allah S.W.T InsyaAllah.

Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.

Cinta : Semoga penulisan diatas dapat dikongsi bersama.Hanya satu perkongsian dari saya pada bulan Ramadhan Al ~ Mubarak ini.InsyaAllah

No comments:

Post a Comment