Tuesday, April 21, 2015

Ganjaran Ramadhan Ke ~ Empat



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Sempena menyambut hari Ramadhan yang empat ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai ganjaran sekiranya kita berjaya menunaikan ibadah puasa bagi Ramadhan kali ini.Mungkin ramai yang tidak tahu akan betapa besarnya ganjaran yang Allah S.W.T telah janjikan kepada kita sekira ikhlas menunaikannya.



Bagi sesiapa yang tahu berpuasa sahaja tapi tidak tahu ganjarannya, jadi mari kita kongsi bersama.


HARI KE ~ EMPAT RAMADHAN :

"Dia memperoleh pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqan (Al-Quran)".


1.Kalau anda berjaya berpuasa bagi hari keempat pahala yang akan kita dapat adalah seperti di atas.Bukan senang hendak mendapat pahala senang-senang sahaja dengan menahan lapar dan dahaga hanya dengan beberapa jam.


2.Kalau kita tidak berpuasa adalah sama dengan kita terpaksa membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran..Rasanya nak habiskan Al-quran pun sudah memakan masa.Inikan pula hendak membaca kesemua kitab-kitab diatas.


3.Walaupun kita tak tahu apa yang tertulis didalam kita Taurat, Injil, dan Zabur tidak kisah sangat asalkan kita berpuasa pada hari yang keempat ini sudah mendapat pahala yang sama seperti membaca kitab-kitab tersebut.InsyaAllah.


4.Oleh yang demikian marikanlah kita bersama-sama mengerjakan ibadah puasa pada hari keempat Ramadhan ini.Semoga ibadah puasa kita akan diberkati Allah S.W.T InsyaAllah.



Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.



Cinta : Semoga penulisan diatas dapat dikongsi bersama.Hanya satu perkongsian dari saya pada bulan Ramadhan Al ~ Mubarak ini.InsyaAllah


No comments:

Post a Comment