Friday, June 8, 2012

Sheryl Crow Alami Ketumbuhan Otak!



Peminat muzik pastinya terkejut dengan berita penyanyi wanita popular, Sheryl Crow, yang positif menghidap ketumbuhan otak. Perkara ini didedahkan sendiri oleh penyanyi ini ketika sesi temu bual rancangan 'Las Vegas Review Journal',  baru-baru ini.

Menurut Crow, ketumbuhan yang dihidapinya masih lagi berada dalam peringkat permulaan. "Saya mula mengetahui perkara ini setelah menjalani rawatan MRI. Ia benar-benar mengejutkan saya.

"Bagaimanapun, saya difahamkan oleh doktor ia masih berada pada peringkat awal. Saya harap penyakit ini akan pulih secepat yang mungkin kerana saya tidak mahu kehilangan lebih banyak memori," katanya.

No comments:

Post a Comment