Thursday, April 16, 2015

Kanak-Kanak Sering Alami Sakit Perut



Alasan sakit perut kanak-kanak mungkin bukan satu penipuan tetapi akibat sakit perut kronik yang dialami oleh satu daripada lima kanak-kanak.

Kajian di sebuah sekolah di Britain menunjukkan masalah sakit perut kronik lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan. Lebih 30 peratus kanak-kanak perempuan yang dipantau melaporkan sakit perut berpanjangan sementara hanya 13 peratus kanak-kanak lelaki melaporkan masalah sama.
Kebanyakan kanak-kanak dengan masalah sakit perut ini tidak menunjukkan masalah fizikal atau melibatkan masalah kedatangan haid tetapi kebanyakannya dilihat mempunyai bersifat kompulsif, ketegangan (cemas) dan mementingkan kesempurnaan.

Beberapa penyelidikan lain pula dikatakan telah mengaitkan masalah sakit perut kronik ini sebagai petanda awal masalah psikologi dan masalah sistem penghadaman apabila dewasa kelak. Sebelum ini, masalah psikologi juga telah dikaitkan dengan masalah sakit perut yang bukan berpunca daripada sebarang penyakit bagi golongan dewasa.


Cinta : Memang kanak-kanak nie pandai buat trick terutama sekali ketika hendak makan ubat.Oleh yang demikian ibu-bapa harus lebih peka untuk melayan si cilik comel :)

No comments:

Post a Comment