Friday, June 8, 2012

Euro 2012 Belanda Tidak Kisah Laungan 'Rasis'


SKUAD Belanda menegaskan pihaknya tidak akan membuat sebarang aduan berhubung laungan berbaur rasis semasa menjalani latihan di Poland.

Dalam satu kenyataan dipetik BBC hari ini, jurucakap Persatuan Bola Sepak Belanda (FA) berkata, beberapa pemain telah mendengar laungan perkauman melibatkan penyokong tuan rumah sambil melaungkan kenyataan berbaur politik.

"Semasa menjalani latihan, sesetengah pemain mendengar bunyi yang tidak disenangi.

"Jadi demi mengelakkan daripada masalah itu, mereka berpindah ke padang lain.

"Bagaimanapun, FA Belanda membuat keputusan tidak akan membuat aduan rasmi mengenai insiden tersebut," katanya.

Isu perkauman adalah antara perkara yang menjadi fokus pada kejohanan kali ini, yang dihoskan secara bersama oleh Poland dan Ukraine.



Dengan hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi tirai pembukaan Euro 2012 akan bermula, kejohanan yang berprestij itu melibatkan Poland dan Ukraine selaku tuan rumah bersama terus dihimpit kebimbangan beikutan ancaman perkauman dan keganasan dalam kalangan penyokong.

Sementara itu, bagi Persatuan Bola Sepak Eropah, mereka belum memutuskan sama ada untuk menyiasat insiden itu secara rasmi ataupun tidak.

Namun siasatan awal telah dijalankan untuk mengetahui insiden itu dengan lebih lanjut.

Untuk makluman, semasa kejadian tersebut, seramai 20,000 peminat telah hadir di Stadium Miejski untuk melihat sesi latihan pasukan Belanda.

Pasukan tuan rumah Poland akan membuka tirai perlawanan menentang Greece di Stadium City, Wroclaw tengah malam ini (waktu Malaysia).

No comments:

Post a Comment