Friday, June 8, 2012

Cinta Lady Gaga kembali bertaut Di Thailand Dan Singapura



Penyanyi penuh kontroversi, Lady Gaga, dikhabarkan sudah kembali ke pangkuan bekas kekasihnya, Taylor Kinney. Menurut sumber, khabar angin ini mula tersebar apabila Gaga sentiasa dilihat bersama bekas kekasihnya itu sepanjang konsert jelajahnya di Thailand dan Singapura, minggu lalu.

Lebih menguatkan gosip ini, apabila pasangan ini kelihatan begitu mesra dan sentiasa berpegangan tangan ke mana sahaja mereka pergi. Apa yang pasti, kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka sepanjang bersama.

Bagaimanapun, keduanya masih belum bersedia untuk menjelaskan status hubungan terbaru mereka.


Cinta : Macam-macam kisah artis seksi seorang nie...sama-sama lah kita tunggu penjelasan penyanyi kontroversi ini.

No comments:

Post a Comment