Friday, May 4, 2012

Zizan Sudah Keluar Dari Wad - Cinta


BERITA baik buat peminat setia Razizan Abdul Razak atau dikenali dengan Zizan Razak, kerana dia disahkan semakin sembuh.

Difahamkan, Zizan dibenarkan pulang ke rumah malam Isnin yang lalu dan dinasihatkan agar berehat daripada aktiviti sekurang-kurangnya seminggu lagi untuk memastikan keadaannya pulih sepenuhnya. 
Pada hari yang sama, sebelah tengahari teman hiburan sempat melawat Zizan bagaimanapun keadaannya ketika itu masih lemah. Namun menjelang petang Zizan menunjukkan reaksi yang sangat positif sehingga dibenarkan pulang.

Mengimbas kembali kejadian panik yang menimpa Zizan, pada 29 April yang lalu, sekitar jam 3 pagi, pelakon komedi dan pengacara itu dimasukkan ke Wad Hospital Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur kerana mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot.

Pemantauan dilakukan terhadap pemenang anugerah Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) itu. Dia turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memulihkan tenaganya.

Hasil rawatan rapi yang diberikan cukup berkesan buat Zizan dan dia kini sudah semakin sembuh. Cuma Zizan dinasihatkan untuk tidak terbabit dalam sebarang penggambaran buat masa ini kerana bimbang serangan mengejut ke atas tubuhnya itu kembali berulang.

Pun begitu, dalam dinasihatkan tidak boleh beraksi khabarnya Zizan akan muncul dalam Supers Sontan minggu ini! Huh, betul ke tidak, sama-sama kita lihat dalam Super Spontan. 

CLICK SHARE THIS INFO
SHARING IS CARING.......

No comments:

Post a Comment