Tuesday, April 21, 2015

Vol 8 Sering Mengeluh Di Hadapan Anak-Anak


VOL 8 : SERING MENGELUH DI HADAPAN ANAK-ANAK

Sering mengeluh dan gelisah di hadapan anak-anak adalah salah dalam konteks mendidik anak-anak. Ibu bapa harus mempunyai ciri-ciri sebagai pelindung kepada anak-anak dan sekali gus menjadi penunjuk contoh tauladan kepada mereka. Mereka mesti berani dan mampu menangani masalah dalam kehidupan mereka walau seberat dan sebesar mana pun. Selain itu, mereka juga perlu berusaha meningkatkan kemampuan untuk melahirkan idea dan pemikiran yang kreatif dalam menghadapi karenah-karenah kehidupan dan bukannya memaparkan kegelisahan dan mengeluh apabila ditimpa masalah lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak.

Ibu bapa yang gagal menyembunyikan sifat suka mengeluh di hadapan anak-anak merupakan ibu bapa yang gagal dalam mendidik anak-anak. Sifat ibu bapa yang sebegini tidak dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai keyakinan diri, berani dan tabah serta kuat apabila ditimpa satu-satu masalah. Ini adalah kerana mereka terlatih sejak kecil lagi oleh ibu bapa mereka dengan latihan mengeluh.

Bagi membantu terbentuknya suasana riang ria dan bukan suasana yang dipenuhi dengan keresahan, ibu bapa hendaklah mula memikirkan untuk melakukan perkara-perkara berikut :

Melazimkan pemaparan perawakan ceria apabila anda berada di sisi keluarga

Belajar untuk memaparkan sense of humour yang berakhlak di kalangan ahli keluarga

Bina sifat ramah-tamah

Banyak menegur dan menyapa

Tunjukkan sifat perihatin anda. Sekiranya melihat anak-anak dalam keadaan yang kurang ceria, segera tanyakan mereka mengapa mereka jadi begitu.

Sering duduk bersama, makan makanan ringan bersama dan menjalani aktiviti-aktiviti keluarga bersama.
Jadikan anda sebagai pemangkin suasana ceria. Dahulukan bertanya khabar. Ambil daya usaha untuk melibatkan setiap ahli keluarga. Tentukan suasana riang ria tidak mati di tengah jalan

Pecahkan sifat malu.

Keluarkan setiap ahli keluarga daripada dikongkong oleh suasana yang memalapkan suasana ceria yang  hendak dibina

CINTA : Semoga info ini dapat membantu anda.





No comments:

Post a Comment