Thursday, April 9, 2015

Tips Memikat Hati Suami


Sayang suami tak? ni antara cara nak tambah kasih sayang suami pada anda..


1) Masa suami sedang memandu, urut lah bahagian tengkuk suami dengan mesra supaya lega  rasa suami yang penat memandu tu kan

2) Kalau nak tidur, tidurlah laksana suami menjadi pakaian bagi isteri dan isteri menjadi pakaian bagi suami

3) Makan pulak biarlah saling menyuapkan atau senang berkonsi pinggan

4) Luangkan masa mandi bersama suami cam Rasulullah wat bersama Aisyah

5) Salam dan peluk suami sebelum pergi kerja supaya kalian kekal terus dalam ingatan bersama sepanjang masa berpisah

6) Tanya suami apa yang nak dia makan cam mintak order bukan terus jer masak apa yang kita suka. sekurang-kurangnya berilah dia pilihan



7) Pujilah suami. jadikan budaya saling puji-memuji ni sebagai rutin harian bersama. jangan biar orang lain plak yg puji suami kita. ha, masa tu baru nak cemburu?payah nak kata lah kan..


8) Jadilah pendengar yang setia...bukan pembebel sepenuh masa..


9) Sentiasa wangikan diri..dan cantikkan diri. bukan kah fitrah manusia suka pada sesuatu yang cantik?

Itu antara olahan tips yang sempat saya ingat dari Ustaz Fauzi dalam ruangan Motivasi pagi dan ambil dari pembacaan dan pengalaman.


Semoga kita semua berjaya memikat hati suami sentiasa...
amin...


Cinta : Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Semoga para-para isteri diluar sana dapat menfaatkan info ini untuk mendapat sebuah keluarga yang bahagia InsyaAllah.Sekian Terima Kasih

1 comment:

  1. nad setuju sgt dgn tips yang dikongsikan.. kdg2 kita malu untuk memeluk pasangan sebelum pergi ke tmpat kerja sedangkan melalui pelukan sebenarnya akan mengeratkan hubungan kasih antara suami isteri.. :)

    ReplyDelete