Saturday, May 19, 2012

Tasha Shilla Perjelas Isu Usung Trofi - Cinta



Ekoran kejayaan merangkul anugerah Pelakon Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011 baru-baru ini, Tasha Shilla didakwa sering membawa trofi kemenangannya ke mana saja untuk ditayangkan kepada orang ramai.

Bercakap kepada Sinar Harian, Tasha menjelaskan situasi sebenar yang telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk menunjuk-nunjuk kemenangan saya. Sehari selepas majlis kemuncak ABP, saya terus ke pusat membeli-belah, Pavilion untuk bertemu rakan.

“Saya tidak terus balik ke rumah. Tambahan pula, kawan baik saya mahu melihat trofi itu. Jadi, apa salahnya saya tunjuk kepada kawan saya.

“Tapi, dakwaan yang mengatakan saya tayang dan usung ke merata itu tidak benar. Itu semua fitnah yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya yang akan muncul dalam beberapa drama dan telefilem seperti Landasan Cinta, Takdir Yang Terindah dan Friday I’m in Love.

Terbaru, pelakon seksi ini telah menerima tawaran produksi antarabangsa, Paramount untuk membintangi filem biopik, Jimi Hendrix.



Nota : Cinta mendoakan semoga Tasha akan lebih maju dalam bidang lakonan pada masa akan datang

No comments:

Post a Comment