Thursday, April 9, 2015

Senario Penyakit Jantung Di Malaysia

PENYAKIT koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini. Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia, Amerika Selatan dan Utara, Australia, New Zealand dan Eropah.

Bahkan diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap' utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020.

Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia adalah disebabkan oleh serangan jantung.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 hingga 75 peratus pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Persoalannya berapa ramaikah rakyat di negara ini mengetahui dengan jelas mengenai CHD) dan siapakah golongan berisiko menghidapi penyakit berbahaya ini?

"Jawapannya mudah sesiapa pun berisiko untuk diserang CHD kerana penyakit ini banyak berkait rapat dengan gaya hidup seseorang," kata Perunding Kardiologi dari Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Selangor, Dr. Haizal Haron Kamar.

Beliau berkata demikian pada satu ceramah sempena majlis memeteri perjanjian pengedaran V-Patch, sistem penganalisis degupan jantung terbaru, antara V-Patch Medical Systems Pty. Ltd. dengan OGAWA World Berhad, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai CHD, Dr. Haizal berkata, secara mudah ia dirujuk sebagai serangan jantung berpunca daripada penyumbatan pada pembuluh darah yang sepatutnya berfungsi membawa bekalan darah dan oksigen ke jantung.

Menurutnya, senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah.

Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina dan etnik pesakit, manakala boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain sedia dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesiti dan amalan gaya hidup tidak sihat.

"Secara umum penyakit diabetis memang boleh menjadi punca penyakit-penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang, neuropati strok, masalah penglihatan dan seterusnya serangan jantung atau CHD.

"Senario di Malaysia ketika ini menunjukkan sebanyak 14.9 peratus orang dewasa berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetis.

"Dari situ kita sudah boleh meramal potensi serangan CHD di kalangan rakyat negara ini. Itu belum lagi melihat golongan yang menghidap penyakit darah tinggi dan yang turut berisiko diserang sakit jantung," ujarnya.

Menurut Dr. Haizal, mengikut perangkaan sebanyak 4.8 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 64 peratus daripada jumlah tersebut tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.

Kandungan kolesterol yang tinggi juga boleh menjadi punca kepada serangan jantung. Keadaan ini berlaku apabila kolesterol yang terkumpul menyumbat pembuluh darah yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung.

"Kandungan kolesterol berkait rapat dengan makanan yang kita ambil. Sebab itu pada awal tadi saya sudah nyatakan bahawa serangan jantung sedikit sebanyak ada kena mengena dengan gaya hidup seseorang.

"Begitu juga dengan faktor obesiti yang menjadi salah satu punca utama serangan jantung di negara ini.

"Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Malaysian Noncommunicable Disease Surveillance 2005/2006, sebanyak 48.6 peratus orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes kerana tidak bersenam.
"Lebih membimbangkan apabila jumlah rakyat negara ini yang mengalami obesiti meningkat lima kali ganda melibatkan golongan yang berusia 40 hingga 49 tahun," katanya.

Dr. Haizal berkata, obesiti sangat berkait rapat dengan penyakit jantung kerana lemak badan yang berlebihan akan terkumpul di sekeliling jantung dan mengganggu salur darah.

Satu lagi faktor punca serangan jantung yang tidak boleh dipandang ringan ialah tabiat merokok.

"Sebanyak 25.5 peratus rakyat Malaysia merokok dan ini meningkatkan lagi risiko serangan jantung di kalangan mereka," jelasnya

Menjelaskan mengenai simptom serangan jantung, menurut Dr. Haizal, ia boleh dikenal pasti melalui beberapa simptom yang jelas namun ada kalanya juga serangan berlaku tanpa sebarang simptom.

Antara simptom yang biasa berlaku ialah rasa sakit atau tidak selesa terutama dari bahagian tengah dada hingga ke leher dan lengan tangan kiri. Rasa sakit turut disertai dengan berpeluh yang banyak serta rasa terumbang ambing.

Kesakitan itu berlaku disebabkan ketika itu jantung tidak mendapat bekalan darah atau oksigen yang mencukupi.

Pesakit mungkin berasa seperti dada mereka ditekan atau jantung seperti diramas orang.

"Bagaimanapun perlu diingatkan tidak semua serangan jantung datang dengan cara begini. Jadi cara yang terbaik untuk mendiagnosis CHD ialah seperti melalui ujian Elektro Cardio Gram (ECG), ujian tekanan senaman, echo kardiogram, koronari angiogram dan imbasan MRI.

Rawatan CHD

Dr. Haizal berkata, setakat ini salah satu rawatan terhadap pesakit CHD ialah dengan pengambilan ubat-ubatan berdasarkan kepada arahan doktor.

"Kaedah kedua ialah dengan pembedahan pintasan (bypass) iaitu urat di bahagian kaki akan dipotong dan disambung pada arteri di bahagian jantung yang tersumbat.

"Satu lagi teknik ialah dinamakan angioplasty, iaitu teknik teknik di mana ruang dalam arteri yang sempit dibuka dengan menggunakan sejenis tiub khas yang boleh meregang bagi pengaliran darah dan oksigen yang lebih baik," katanya.

Beliau juga menyarankan pesakit yang telah disahkan menghidap penyakit jantung agar mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.

Pertamanya, boleh dimulakan dengan bersenam setiap hari, makan secara sihat dan seimbang.

"Bagi yang merokok sebaiknya hentikan tabiat itu serta merta dan kurangkan tekanan dalam kehidupan harian.

"Jika mereka masih tidak mempunyai insurans kesihatan, saya sarankan cepat dapatkan insurans yang baik dan akhir sekali mestilah berjumpa dengan doktor," katanya.

Dalam pada itu pengesanan awal terhadap degupan jantung tidak normal boleh mengurangkan implikasi lebih tragik terhadap pesakit jantung.

Justeru pengenalan V-Patch Medical Systems (V-Patch) sebagai penganalisis degupan jantung dianggap lembaran baru bagi membantu pesakit jantung.

Pengasasnya, Peter Taylor berkata, penciptaan V-Patch membolehkan pakar perubatan membuat pengesanan awal dan diagnosis yang lebih baik untuk pesakit mereka.

"Sistem ini telah dibangunkan dan diuji di beberapa buah negara di dunia. Bukan itu sahaja, rangkaian telefon selular yang digunakan dalam sistem pengesanan V-Patch ini juga telah diuji di sembilan buah negara di seluruh dunia," jelasnya yang bertanggung jawab menzahirkan idea penghasilan V-Patch tersebut.

Menurut Taylor V-Patch ini amat peka dan dapat mengesan serta mengenalpasti rentak degupan jantung si pemakai.

"Apa sebenarnya yang dilakukan oleh V-Patch ialah merekod masa sebenar rentak degup jantung sekali gus menentukan sama ada pemeriksaan lanjut diperlukan.

"Jadi, mereka yang memakai V-Patch ini mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk diri mereka," jelasnya pada majlis yang sama.

Sementara itu pengarah eksekutif V-Patch Medical System Pty. Ltd., Luke Whelan menerangkan bahawa alat tersebut merangkumi tiga peralatan iaitu pelekat yang dilekatkan di bahagian dada (V-Patch), sejenis alat pengesan yang juga dilekat ke dada (V-Pod), alat transmisi bersaiz umpama telefon bimbit (V-Cell) dan maklumat disalurkan ke internet menerusi V-Central.

"Doktor akan mendapat pesanan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel dari sistem V-Sentral dia boleh melihat graf yang menunjukkan degupan jantung pesakit mereka.

"Alat ini berguna untuk sesiapa sahaja yang pernah pengsan, rasa tidak stabil, terhuyung hayang, sesak nafas, degupan jantung amat kuat, degupan jantung tidak sekata, degupan jantung laju atau perlahan," katanya.

Dengan adanya alat tersebut beliau percaya pesakit akan lebih proaktif dengan doktor mereka kerana ternyata mencegah lebih baik daripada merawat.

CINTA : Awas kepada sesiapa yang selalu merasa sakit jantung perlulah mendapat rawatan lanjut dari doktor pakar.Ingat serangan jantung adalah sakit yang paling cepat menyerah tidak kira dimana anda berada oleh yang demikian tindakan awal itu sangatlah diperlukan.

2 comments:

  1. terjumpa info ni, pasal serangan jantung… sharing is caring :) - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, kami ada penyelesaianya.

    JUS SIHAT berupaya menghindari sebarang:

    ✔ penyakit jantung
    ✔ kolesterol
    ✔ jantung tersumbat
    ✔ aliran darah tidak teratur (darah tidak lancar)
    ✔ masalah darah tinggi
    ✔ rentak jantung tidak teratur
    ✔ dada sentiasa berdebar-debar
    ✔ sakit dada
    ✔ stroke (angin ahmar)
    ✔ angin yang byk seluruh badan
    ✔ masalah kelesuan
    ✔ menyembuhkan gout
    ✔ salur darah yang tersumbat
    ✔ penghadaman yang tidak lawas
    ✔ masalah kahak
    ✔ masalah lemak badan
    ✔ masalah sakit kepala dan badan
    ✔ masalah berat badan berlebihan
    ✔ buasir
    ✔ dan pelbagai lagi manfaat Jus SIHAT!

    Mengandungi 100% ramuan semulajadi yang asli iaitu Bawang Putih, Halia, Limau, Cuka Epal dan Madu Asli.

    👉 TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG BAHAN PENGAWET.
    👉 PRODUK ADALAH PEKAT DARI EKSTRAK 5 BAHAN DI ATAS DAN TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG AIR TAMBAHAN.
    👉 MADU ASLI 100% (TELAH DIUJI AGAR SESUAI DENGAN PENGHIDAP KENCING MANIS)
    👉 TIDAK MENGANDUNGI SERDAK.
    👉 MENGGUNAKAN CUKA EPAL YG TERKENAL DI SELURUH DUNIA!

    Dapatkan JUS SIHAT dan bertindak sekarang! Pencegahan lebih baik dari mengubati. Boleh juga dibeli utk ibu dan bapa yang disayangi. Serangan jantung tidak mengenal usia, umur dan bangsa!

    LIKE KAMI: www.facebook.com/sihathq

    HUBUNGI SEGERA!
    👇👇👇👇👇

    WHATSAPP

    ğŸ“ž0192958880
    ğŸ“ž0192958880
    ğŸ“ž0192958880

    ReplyDelete