Sunday, May 13, 2012

Rusdi Ramli Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga - Cinta



Tahniah Cinta ucapkan kepada pelakon terkenal, Rusdi Ramli yang mendapat perkhabaran gembira apabila isterinya, Sharon Paul bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi.

Rusdi Ramli yang dipetik dalam sebuah portal berita telah berkongsi rasa gembiranya;

"Saya berasa gembira dengan perkhabaran yang diterima bahawa orang rumah saya kini mengandung anak kedua kami yang mana kandungannya sudah mencecah dua bulan."

Ini merupakan bakal cahaya mata ketiga baginya di mana sebelum ini dia mempunyai seorang anak lelaki, Efiezal Ridza yang kini berusia 22 tahun, hasil perkahwinan Rusdi yang pertama.

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 16 November 2008 lalu dan melalui perkahwinan ini, mereka mempunyai seorang cahaya mata bernama Reo Ridza.

No comments:

Post a Comment