Tuesday, April 21, 2015

Pilih Makanan Elak Obesiti

RAKYAT Malaysia makan sesuka hati dan tidak menjaga pemakanan. Akibatnya masalah obesiti kini menular di kalangan masyarakat dengan berat badan 37 peratus penduduk melampaui had sihat.

Lebih membingungkan, mereka sanggup memudaratkan kesihatan dengan makan sesuka hati tanpa mengambil hirau kandungan dalam sesuatu hidangan.

Bagi pengamal perubatan, Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin, 61, pengambilan makanan 'tidak sihat' sebenarnya boleh dielakkan jika mempunyai pengetahuan dan peka terhadap juadah yang dinikmati.

Beliau telah berjaya menurunkan berat badan daripada 68 kilogram (kg) kepada 49 kg 10 tahun lalu dan dapat mengekalkan berat badan unggul hingga sekarang.

Malah, beliau yang mengasaskan Dr. Aishah Solution Sdn. Bhd. (DAS) berkata, selain mengelakkan penyakit, pemilihan makanan yang betul juga boleh memberi 'nilai tambah' kepada tubuh badan.

Mengambil kira kepentingan itulah, Dr. Aishah kini tampil memperkenalkan konsep pemakanan inovatif dan kreatif tersendiri untuk pengetahuan masyarakat umum.

Dr. Aishah berkata, konsep pemakanan yang diperkenalkan itu terbahagi kepada tiga kategori utama meliputi juadah makanan aesthetic, aphrodesiac dan penyembuh.

Kesemua tiga kategori makanan itu sememangnya diperakui mempunyai khasiat tinggi dan rendah kalori. Ramuan utamanya ialah teh hijau yang terkenal dengan ciri-ciri anti oksida.

"Pengambilan makanan aesthetic membolehkan seseorang itu kekal sihat dan pada masa sama meningkatkan kecantikan. Contoh resipi inovatif yang diperkenalkan dalam Bengkel Transformsi Diri Kekal Langsing ialah egg tuna roll bersama sos teh hijau," katanya.

Bagi pasangan suami isteri pula, hubungan kelamin yang berkesan sebenarnya turut berkait rapat dengan pengambilan makanan.

Untuk itu, makanan kategori aphrodesiac boleh menjadi penyelesaian yang baik.

"Makanan aphrodesiac boleh meningkatkan hubungan kelamin dan boleh mengatasi masalah kelesuan serta pada masa sama boleh meningkatkan daya hubungan intim.

"Pakar pemakanan mencadangkan ramuan-ramuan yang digunakan dalam makanan jenis ini hendaklah mempunyai zat yang tinggi," kata Dr. Aishah.

Beliau berkata, antara makanan yang termasuk dalam kategori tersebut ialah badam, asparagus, pisang, daun selasih (basil), coklat, tiram, buah pala, halia dan brokoli.

Penyelidik percaya coklat mengandungi bahan kimia teobromine yang memberi kesan neurotransmitter dalam otak dan bahan perangsang phenylethylamine.

"Makanan jenis ini kaya dengan Vitamin terutamanya B6 dan potassium yang boleh merangsang hormon seksual," jelasnya.

Sementara makanan kategori penyembuh pula berupaya memperbaiki kerosakan sel dalam badan dan menjadi penawar kepada sesuatu penyakit.

"Contoh makanan jenis ini adalah superfoods yogurt, bayam, kacang, kekacang, teh hijau, brokoli, telur, beri dan keledek merah," katanya.

Namun begitu, Dr. Aishah berkata, penghasilan makanan memerlukan kreativiti dan resipi tersendiri.

Untuk itu, beliau kini giat menjalankan bengkel masakan dan seminar bagi berkongsi rahsia dan resipi penghasilan makanan tersebut dengan umum.

Contoh resipi yang diketengahkan ialah sup badam brokoli, sup barli lobak merah, avokado 8, pegaga dan lain-lain lagi.

CINTA : Kepada anda yang ingin elakkan daripada obesiti silalah pilih dan kawal pemakanan anda.

No comments:

Post a Comment