Sunday, May 13, 2012

Nurul Tamatkan Zaman Janda 6 Jun - Cinta



Penyanyi yang popular dengan lagu 'Kerana Terluka', Nurul Huda Abdul Wahab mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya bersama jejaka pilihan hati iaitu seorang lelaki yang berasal dari Perancis, Eric Daniel Depp yang berusia 47 tahun.

Dipetik daripada laporan sebuah akhbar, Nurul bakal melangsungkan perkahwinannya pada bulan depan iaitu pada 6 Jun ini, namun enggan memberitahu lokasi sebenar majlis akan berlangsung.

Bercerita detik perkenalan, Nurukl dan Eric sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan sepanjang tempoh perkenalan itu, mereka saling memahami. Malah hubungan ini turut mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.

Sebelum ini, Nurul pernah berkahwin dengan komposer terkenal tanah air, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada tahun 1996 namun bercerai pada tahun 2007.

No comments:

Post a Comment