Tuesday, May 1, 2012

Ngeri 3 Maut Bas Persiaran Rempuh Penghadang Lebuh Raya - Cinta

BUKIT BERUNTUNG - Tiga termasuk pemandu bas maut apabila kenderaan itu, yang dinaiki satu rombongan penduduk kampung untuk melawat tempat bersejarah di Melaka, berakhir tragedi dekat sini, awal pagi tadi.

Bas persiaran itu merempuh penghadang di KM 434.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung, Hulu Selangor kira-kira jam 1.50 pagi.
Seramai 24 lagi penumpang cedera ringan.


Ketika kemalangan, bas itu membawa 48 penumpang terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Lah, Chenderiang, Perak.

Difahamkan, penumpang bas berkenaan sepatutnya melawat tempat bersejarah di Melaka pagi ini sebelum pulang semula ke Perak malam ini.

No comments:

Post a Comment