Sunday, May 27, 2012

Kontrak Maybelline RM100,000 milik Elfira Loy

BERUNTUNG jadi orang cantik macam pelakon muda berbakat Elfira Loy yang tengah meletup-letup dalam drama Jangan Ambil Padang Kami. Baru berumur 18 tahun, rezeki Elfira kini mencurah-curah, tambahan pula dia dah bergelar Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2011.
Terbaru, Elfira bakal secara rasmi akan diumumkan sebagai duta terbaharu jenama kosmetik terkemuka Maybelline.Sebelum ini duta Maybelline ialah pelakon cantik Liyana Jasmay.
Apabila Elfira dipilih sebagai duta untuk tahun kontrak bermula tahun ini, maknanya dia telah berjaya menyingkirkan nama calon-calon lain yang tak kurang hebatnya.
Paling pasti, populariti serta kredibiliti Elfira untuk diangkat sebagai duta produk berkenaan berjaya menyingkirkan nama Liyana Jasmay yang merupakan duta Maybelline sebelum ini.
NOTA : Saya memang sangat minat dengan pelakon ini.Memang rezekinya melimpah bukan sekadar dalam bidang lakonan dalam bidang peragawati juga mendapat tempat.Tuah badan namanya tu.

No comments:

Post a Comment