Sunday, May 20, 2012

Keputusan Chelsea (4) Vs (3) Bayern Munich: Sepakan Penalti Chelsea Muncul Juara - Cinta


Seperti tidak diduga Chelsea muncul juara bagi liga juara-juara 2012 dengan menewaskan Bayern Munich menerusi sepakan penalti, walaupun Bayern Munich banyak menguasai perlawanan.Chelsea mampu bertahan sehingga berakhirnya 90 minit perlawanan.


Gol permulaan berjaya dihasilkan oleh Bayern Munich menerusi Thomas Mueller pada minit ke-83 dengan sepakan penalti.Walau bagaimana pun pemain sensasi Didier Drogba muncul sebagai penyelamat apabila tandukannya pada minit ke-88 telah berjaya menghadiah gol penyamaan buat Chelsea.


Jaringan terikat diantara kedua-dua pasukan sehingga berlanjutan ke masa tambahan.Pada masa tambahan pula banyak gerakan menarik dilakukan oleh pasukan Bayern Munich tapi gagal menghasilkan sebarang gol dan akhirnya kedua-dua pasukan terpaksa menentukan kemenangan menerusi sepakan penalti


Nasib menyebelahi Chelsea kerana berjaya muncul juara menerusi sepakan penalti Chelsea 4-3


NOTA : Kepada pasukan Chelsea Cinta ucapkan tahniah ke atas kemenangan liga juara-juara.Credit kepada Arjen Roben dan Riberry Pasukan Bayern Munich kerana bermain dengan sangat menarik.

No comments:

Post a Comment