Saturday, May 19, 2012

Keputusan Kelantan (1) Vs (0) Sime Darby Final Piala FA 19 May 2012 - Cinta




KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA 2012

KELANTAN   1   -   0   SIME DARBY

Sudah terbukti kehebatan dan ketenangan pasukan Kelantan beraksi di pentas Final berjaya menumpaskan pasukan Sime Darby dengan kelebihan 1 gol.Gol kemenangan pasukan Kelantan dihasilkan daripada jaringan sepakan penalti dari pemain import mereka.

Nota : Cinta ucapkan tahniah kepada seluruh pasukan Kelantan yang berjaya membawa pulang Piala FA ke Kelantan.Kepada penyokong Kelantan juga Cinta ucapkan selamat menyambut kegembiraan ke atas kejayaan pasukan Kelantan buat pertama kalinya di pentas akhir Piala FA.


Seperti mana yang kita tahu tahun ini demam bola memang sedang melanda di negara kita mahupun seluruh dunia.Di fahamkan Final untuk Liga Juara-Juara Eropah juga akan berlangsung esok, serta tidak lama lagi akan bermula pula Euro 2012.Jadi tidak salah sekiranya semua orang sedang demam bola buat masa sekarang ini.

Dengan ini terciptalah sejarah bagi pasukan Sime Darby yang telah melangkah ke final Piala FA menentang kelantan.Sedikit ulasan tentang kelab Sime Darby.Rasanya agak susah untuk pasukan ini menang, sudah pasti Kelantan akan menjadi pasukan pilihan untuk memenangi Piala FA kerana pasukan Kelantan sudah biasa bermain pada perlawanan akhir manakala Sime Darby baru pertama kali.Akan tetapi tidak mustahil untuk pasukan Sime Darby memenangi perlawan akhir ini, bola itu bulat macam-macam boleh berlaku.

Bagi pasukan Kelantan pula sudah pasti seluruh rakyat Malaysia sudah mengenali akan penyokong-penyokong fanatik kelantan yang akan membanjiri Stadium Bukit Jalil Hari ini.Semoga tidak ada sebarang kekecohan yang berlaku pada perlawan itu.Seperti yang dilaporkan oleh TV3 penyokong khas akan di bawa oleh Sime Darby untuk memberi sokongan pada perlawan kali ini.Sama-sama lah kita meneka berapa banyak bas di hantar dari kedah ke Stadium Bukit Jalil untuk menyokong pasukan Sime Darby kerana pemegang saham terbesar Sime Darby sekarang adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari iaitu usahawan melayu terkaya di Malaysia yang berasal dari Kedah Darul Aman.

Diharap pasukan Kelantan dan Sime Darby akan memberi aksi perlawanan yang mantap pada perlawan itu.

Nota : Cinta sudah pasti menyokong Sime Darby...Sime Darby 2-0 Kelantan....

2 comments: