Friday, May 25, 2012

Kanak-Kanak 3 Tahun Kepala Tersepit Di Pintu Pagar



IPOH – Keasyikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun bermain di pintu pagar rumahnya mengundang nasib malang buatnya petang semalam, apabila kepalanya tersangkut selama lebih setengah jam.

Dalam kejadian di Jalan Silibin, di sini, kepala mangsa, Farah Fitrina Abdullah bagaimanapun akhirnya berjaya dikeluarkan selepas jiran-jirannya menggunakan alat pembicu (jek kereta) untuk melonggarkan palang jeriji pintu pagar itu.

Kakak mangsa, Farah Syahida, 18, berkata, itu bukan kali pertama adiknya berbuat demikian memasukkan kepala ke celah jeriji kerana Fitrina sememangnya kerap bermain di situ. “Sebelum ini, dia pernah memasukkan kepala  di jeriji besi itu, tetapi dapat dikeluarkan tapi kali ini entah bagaimana kepalanya boleh tersangkut.

“Saya tidak dapat melakukan apa-apa, adik hanya menangis dan meraung kerana panik tidak dapat keluarkan kepalanya,” katanya. Ketika kejadian, ibu bapa mereka tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk menguruskan hal perniagaan.

“Mujur adik dibantu oleh jiran dan orang awam yang kebetulan lalu di hadapan rumah yang membantu mengeluarkan kepala adik dengan menggunakan alat itu. “Syukur adik saya tidak cedera walaupun ketika itu wajahnya hampir pucat lesi,” katanya.


NOTA : Kepada adik Fitrina supaya dijadikan pengajaran jangan bermain lagi di pagar besi itu.

No comments:

Post a Comment