Sunday, May 27, 2012

Justin Bieber Takut Gelap !



Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber mempunyai rahsia besar. Rupa-rupanya, penyanyi ini tidur dalam keadaan lampu terbuka.

Bapanya, Jeremy Bieber berkata, biarpun usia pelantun lagu Boyfriend ini sudah 18 tahun namun dia masih lagi takut pada kegelapan.

Menurutnya, kekasih Selena Gomez ini tidak akan menutup lampu semasa tidur di waktu malam sebagai persediaan jika dia terjaga di malam hari.

“Jika tidur dalam keadaan gelap, tangan Justin akan berpeluh begitu juga kakinya. Dan dia memang takut kepada gelap sejak kecil lagi,” katanya.

Sungguhpun begitu, penyanyi ini percaya tuhan sentiasa menjaganya dan dia bersyukur kehidupannya selama ini dipermudahkan.

“Sebelum tidur, saya pasti berdoa supaya perjalanan hidup saya dipermudahkan.

Saya berdoa setiap hati tidak kiralah jika saya sedang menghadapi masalah atau tidak.

Namun saya akan mencari ruang untuk bersyukur dengan pemberiannya,” katanya.

No comments:

Post a Comment