Friday, May 18, 2012

Jessica Alba dipergunakan - Cinta


Aktres seksi, Jessica Alba mengakui rasa dirinya dipergunakan pada awal pembabitannya dalam bidang seni.
Dia yang mula memegang watak utama dalam siri televisyen, Dark Angel semasa berusia 19 tahun ini berkata, ketika itu dia benci apabila dipaksa untuk memakai pakaian yang seksi bagi menarik perhatian penonton lelaki terutamanya.
"Saya mula menerima tawaran watak utama ketika berusia 19 tahun. Sejak itu, saya mula dilabel sebagai perempuan seksi kerana cara pakaian saya dalam drama itu.
"Saya rasa tidak selesa dengan pandangan orang yang mengatakan saya seksi. Saya hanya mahu kelihatan anggun dan bergaya! Kini setelah dewasa, saya mula belajar untuk menerima pandangan tersebut tetapi masih lagi belum bersikap terbuka," katanya.
Seiring dengan peningkatan usianya, aktres berusia 31 tahun ini sudah mula menitikberatkan cara pemakaiannya.
"Jika sesetengah wanita bergaya untuk menarik perhatian jejaka, namun saya tidak. Saya bergaya untuk diri sendiri.
"Sebagai isteri dan ibu, saya perlu menjaga cara pemakaian. Kini, jika saya hendak memakai pakaian yang singkat, saya akan memastikan leher ditutup atau ada sesuatu yang diletakkan di leher," katanya lagi.
Nota: Macam-macam kisah artis yang sudah popular ni.Pada Cinta untuk Artis yang glamour dan cantik macam Jessica Alba siapa yang tak nak ambil kesempatan untuk meraih keuntungan.

No comments:

Post a Comment