Saturday, April 11, 2015

Info Ringkas Tentang Terapi Gantian Methadone


PENGENALAN

Methadone adalah opiat sintetik yang digunakan sebagai ubat penahan sakit dan juga di dalam rawatan penagihan narkotik. Methadone ini digunakan sebagai kaedah mengurangkan mudarat bagi membendung risiko penularan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan perkongsian jarum. Methadone juga masih boleh disalahgunakan. Oleh itu terapi gantian methadone mesti dipantau dan dikawal selia dengan rapi.

Ada tiga kesan utama yang dihasilkan oleh methadone:
1.  Mengelakkan kesan gian.
2.  Menghalang kesan dari penyalahgunaan dadah terlarang.
3.  Mengurangkan keinginan terhadap dadah opiat

Rawatan gantian methadone merupakan rawatan jangka masa panjang.

KESAN DAN AKIBAT

Apabila methadone digunakan dengan betul, ia merupakan dadah yang selamat. Apabila disalahgunakan ia boleh menghasilkan kesan sampingan seperti mengantuk, letih lesu, loya, muntah, sukar membuang air kecil, perubahan emosi, gangguan corak tidur dan gangguan fungsi serta kurang keinginan dalam hubungan seksual. Kesan sampingan yang serius termasuk serangan sawan. Malah dalam kes pengambilan metadone secara berlebihan ia boleh mengakibatkan kematian.

RAWATAN

Methadone boleh diberikan sebagai rawatan untuk pesakit luar di klinik dan hospital yang telah dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Methadone perlu diambil setiap hari dan pemberian metadone dipantau oleh pegawai farmasi dengan rapi di klinik dan hospital. Setiap penerima terapi gantian metadone wajib memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KKM dan mematuhi kaedah rawatan seperti yang ditetapkan.

Penerima rawatan methadone wajib memaklumkan maklumat terapi methadone apabila berjumpa dengan mana-mana doktor bagi mengelakkan kesan interaksi yang serius dengan ubat-ubat lain. Terapi gantian methadone akan menjadi lebih berkesan apabila rawatan digabungkan dengan kaedah menangani masalah perubatan, psikiatri dan sosial yang lain. Kaunseling juga memberi kesan positif di dalam terapi gantian methadone.

PEMULIHAN

1.  Terapi kognitif
2.  Terapi tingkah-laku
3.  Latihan asertif
4.  Sokongan social
5.  Pembinaan kesihatan rohani yang mantap

KUMPULAN SOKONGAN

1.  Agensi AntiDadah Kebangsaan
2.  Calvary Spiritual Centre

Sumber: disini

AHP: Sama seperti pengagihan jarum suntikan, penyediaan methadone percuma kepada para penagih berdaftar sebagai opiat sintetik untuk terapi pemulihan dadah telah menimbulkan pro-contra di kalangan anggota masyarakat.
Methadone sepatutnya diminum terus di hadapan doctor tetapi terdapat klinik swasta yang menyediakan rawatan menjualnya secara bebas kepada para penagih.

CINTA : Akibatnya methadone tersebut akan dibawa balik dan disalah gunakan oleh penagih dengan cara mencampurkannya dengan pills psychotic untuk kesan berganda atau menjualnya dengan harga yang lebih mahal kepada para penagih yang tidak berdaftar.

No comments:

Post a Comment