Sunday, May 13, 2012

Eric Depp Tawan Hati Nurul - Cinta


SETELAH lima tahun bersendirian, akhirnya pintu hati penyanyi bersuara lunak, Noorul Huda Abdul Wahab, 35, atau lebih dikenali sebagai Nurul bakal menamatkan zaman jandanya pada 6 Jun ini bersama lelaki pilihan, Eric Daniel Depp, 47, yang berasal dari Perancis.

Menurut Nurul, dia terpikat dengan Depp kerana bakal suaminya itu  mempunyai ciri-ciri seorang calon suami yang diidamkannya selama ini.

 “Saya kenal Eric (Depp) sejak September 2010 lagi dan mulai dari saat itu saya menjadi semakin rapat lalu membuat keputusan untuk mendirikan masjid bersama Eric (Depp).

 “Eric (Depp) seorang lelaki yang sangat baik, bekerja keras, serta seorang yang berfikiran positif. Apa yang menarik lagi hati saya, Eric menerima saya bukan sebagai seorang yang bergelar artis, tetapi menganggap saya seperti orang biasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Bagaimanapun, Nurul memilih Dutchess, Jalan Ampang sebagai lokasi majlis perkahwinan kerana menepati cita rasanya yang mengimpikan konsep perkahwinan dalam taman.
“Saya memilih tempat ini kerana ia nampak simple tetapi eksklusif. Tema perkahwinan ini telah dirancang bersama-sama Eric sendiri,” katanya lagi.
Majlis perkahwinan ini, Nurul hanya menjemput 200 orang yang terdiri daripada kaum keluarga, kawan terdekat, rakan media dan peminat.
Majlis resepsi akan diadakan sebaik sahaja majlis akad nikah berakhir pada hari yang sama.
Kedua-dua pasang baju bakal pengantin ini mendapat tajaan Jakel Trading dan mendapat sentuhan rekaan Rizman Ruzaini bagi baju Nurul manakala Bon Zainal mereka khas baju Depp.
Selain itu, majlis bagi pihak lelaki akan diadakan di Bali, Indonesia pada 14 Jun, yang juga hanya menjemput keluarga dan teman rapat.

No comments:

Post a Comment