Sunday, May 6, 2012

Cara Memikat Suami - Cinta


Kenali suami masing-masing. Setiap lelaki mempunyai personaliti yang berbeza dan mempunyai impian juga fantasi yang berbeza . Fahami dan hayati sifat pasangan . Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri umpama bulan yang cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
Tetapi secara umumnya untuk memjalinkan hubungan yang lebih bermakna  iaitu  saling melengkapi sebagai fitrah diciptakan lelaki dan wanita , apa yang penting adalah perlu lebih mengenai sikap dan keinginan mereka. Tahu sifat atau peribadi yang disukai suami dan cuba menghindari perkara yang perlu.
Bagaimana cara untuk memikat suami demi kebahagiaan rumahtangga.
1. Memahamai perasaan lelaki dari sudut mengenai seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personaliti lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.
2. Gunakan kuasa pujukan. Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya. Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.
3. Menghormati dan memahami kehendaknya. Ada dua perkara penting yang diingini oleh lelaki secara umumnya iaitu kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.
4. Tujukkan rasa gembira bila bersama. Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan, Itulah kata kuncinya!
5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan. Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami.  Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.
6.  Menghormati diri sendiri.  Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga.  Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan  atau jiran tetangga.
Saya boleh senaraikan 10 atau 20 list ini tetapi semua ini bersifat umum.  Panduan semata-mata kerana seorang lelaki dan wanita itu berbeza kehendak, keinginan dan fokus dalam hidup bergantung dari sudut apa dia melihat kehidupan ini.  Kebahagiaan bukanlah destinasi tetapi adalah perjalanan kita sendiri.  Kita tidak boleh target di mana atau bila bahagia itu akan kita dakap sebaliknya rutin dan proses kita harungi kehidupan seharian itulah mengandungi  bahagia yang perlu diraih.
Proses pikat memikat suami isteri berubah mengikut jangka hayat perkahwinan.  Semakin lama kita hidup bersama,  kebiasaan dalam hidup menjadi ‘biasa-biasa’ saja, jadi kita perlu menjadi ‘bijak’ menyesuaikan teknik pikat memikat ini.
Tindakbalas yang berkesan hanya berjaya jika KEDUA BELAH PIHAK MEMPUNYAI FOKUS DAN KEINGINAN YANG SAMA.  Saya tidak percaya teori bahawa semakin lama kita berkahwin, semakin luntur kasih sayang cinta yang membara kerana saya telah membuktikan sebaliknya!  Dapat cop SIRIM dan sijil ISO


Segala penulisan oleh Cinta di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Blog Widget by LinkWithin

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More