Sunday, April 12, 2015

Cara Memikat Sang Suami Mendekati Islam


Memang betul ini bukan isu remeh. Alhamdulillah jika si isteri telah mula tersedar dan insaf bahaw kehidupan mereka sekeluarga seharusnya kembali menurut apa yang diperintahkan oleh Allah SWT & RasulNya. Sudah tentu hal ini agak rumit krn yang ingin dan mahu berubah adalah si isteri tetapi yang belum mahu berubah adalah si suami. Keadaan mungkin lebih mudah kalau si suami selaku ketua keluarga mengadakan perubahan terlebih dahulu.

Di bawah adalah beberapa tips yang saya fikir boleh dipraktikkan hasil daripada pembacaan saya.

1. Mulakan perubahan dengan diri si isteri terlebih dahulu. Contoh ketika sekiranya sebelum ini tidak menutup aurat dan bertudung apabila keluar rumah, mulakanlah.. Jika sebelum ini selalu meninggalkan solat 5 waktu
maka dirikanlah dan jaga solat anda. Maknakata cuba nampakkan perubahan yang berlaku kepada si suami agar suami tertanya-tanya kepada diri sendiri bahawa ada perubahan sedang berlaku terhadap si isteri.

2. Hadiahkan buku-buku agama yang sesuai seperit "AQIDAH SLAM" dan "PANDUAN MENDIRIKAN SOLAT". Jangan diberi buku-buku dengan topik yang berat seperti politik, muamalah atau hudud dalam Islam. Beri buku-buku yang bersifat basic knowledge. Antara buku pertama yang saya baca semasa saya mula mengenal Islam dulu ialah "SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM" tulisan Muhd Qutb. A very
good book which I believe can transform a person's mind and perspective
towards Islam.

3. Selain daripada tingkah laku dan perbuatan kita yang baik. Cuba berikan nasihat-nasihat yang baik kepada si suami misalnya suruh beliau mendirikan Solat bersama-sama atau nasihat untuk tinggalkan perkara-perkara syubhat yang ia lakukan.Lakukan dengan penuh kasih sayang terhadap si
suami. Carilah masa yg sesuai.Saya fikir si isteri yang dah tinggal lama dengan suami sudah tentu tahu cari masa yang sesuai. Jangnlah beri nasihat di ketika dia letih kerana baru balik dari kerja ataupun ketika perut si suami lapar kerana belum menjamah
makanan.

4. Berdoa kehadrat Allah SWT agar dibuka pintu hati si suami tadi dan dikurniakan hidayah. Memberi hidayah adalah kerja Allah SWT tetapi manusia dituntut untuk berusaha menyampaikan mesej, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada berlaku kemungkaran. Masa yang sesuai untuk memohon doa ini
pada saya ialah sepertiga malam yg akhir. Inilah masa yang mustajab untuk si isteri berdoa dan memohon hajatnya. Boleh juga selepas setiap waktu solat.

CINTA : Demikian sedikit panduan yang mampu diberikan. Mungkin ada penambahan dari sahabat-sahabat yg lain.

No comments:

Post a Comment